Türk Telekom Dan HUAWEI Berjaya Catat Rekod Dunia Dengan Kelajuan 5G Mencecah 2.92Gbps Comments Off on Türk Telekom Dan HUAWEI Berjaya Catat Rekod Dunia Dengan Kelajuan 5G Mencecah 2.92Gbps 147

Kelajuan muat turun menggunakan rangkaian 5G sememangnya diketahui sangat pantas berbanding rangkaian 4G, namun begitu Türk Telekom dan HUAWEI baru-baru ini telah berjaya mencatatkan rekod dunia melalui ujian rangkaian 5G secara langsung yang dilaksanakan.

Menurut Yusuf Kiraç selaku CTO di Türk Telekom, melalui gabungan dua pembekal rangkaian 5G dan dengan sokongan HUAWEI Mate 20X 5G, ia telah berjaya mencatatkan kelajuan muat turun 5G mencecah sehingga 2.92Gbps. Selain berjaya mencatatkan kelajuan 5G tertinggi pernah direkodkan, Türk Telekom juga merupakan telco pertama di dunia telah menguji 5G New Radio Carrier Integration Technology (C-Band NR Carrier Aggregation).

HUAWEI Mate 20X 5G telah dikuasakan dengan cipset Kirin 980 dengan kombinasi cip 5G Balong 5000, dan ia dioperasikan oleh antaramuka EMUI 9.1 berasaskan Android 9.0 Pie. Selain itu ia juga menampilkan sokongan memori 8GB + 256GB, tiga kamera Leica 40MP, dan juga bateri 4200mAh dengan pengecasan pantas 40W.

sumber

Baca juga:

HUAWEI Mate 20 X 5G Menduduki Kedudukan Teratas Telefon Pintar Dengan Sistem UI Paling Lancar

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend