Turing HubblePhone Sokong 4x Skrin OLED, 2x CPU Snapdragon 855 Dan Kamera 60MP Akan Dijual Pada Tahun 2020 Comments Off on Turing HubblePhone Sokong 4x Skrin OLED, 2x CPU Snapdragon 855 Dan Kamera 60MP Akan Dijual Pada Tahun 2020

Tidak dinafikan Turing Space Industries bukanlah satu jenama yang popular jika dibandingkan dengan jenama pengeluar telefon pintar sedia ada di pasaran. Bahkan pada Februari yang lepas, pengeluar yang berpangkalan di Hong Kong ini telahpun melancarkan model Turing Phone yang boleh dianggap satu projek yang gagal.

Nampaknya kegagalan itu tidak memutuskan semangat pengeluar ini apabila ia telah kembali memperlihatkan rekaan telefon pintar konsep iaitu Turing HubblePhone. Jika dilihat pada idea peranti ini, ia sememangnya sangat unik kerana ia dilihat membawakan rekaan yang boleh dilipat dengan sokongan empat buah paparan skrin OLED.

Apa yang lebih mengejutkan, Turing HubblePhone yang hadir dalam dua bahagian utama ini telah dikuasakan dengan dua buah CPU berasingan dari Qualcomm Snapdragon 855. Dengan rekaan mirip seperti model Nokia N93, kedua-dua bahagian yang berasingan pada peranti ini turut dilengkapi oleh dua buah bateri berkapasiti 2800 mAh dan juga 3300 mAh.

Tidak cukup dengan itu, Turing HubblePhone menyokong keupayaan penggambaran 60MP (CMOS) dengan fungsi zum optikal mencecah sehingga 15x. Melalui maklumat yang dikongsikan, peranti ini berkemungkinan besar akan dioperasikan dengan Android P ataupun Sailfish 3 OS.

Turing HubblePhone dijangka akan dijual pada harga yang sememangnya tidak mampu dimiliki oleh sebarangan orang iaitu USD2,749 (kira-kira RM11,195). Ia dijangkan akan mula menembusi pasaran Amerika Syarikat pada Jun 2020 nanti, manakala pasaran China pula akan turut menerima model ini pada September tahun yang sama.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend