Tune Talk Dan Vivo Menawarkan 10 Buah Vivo V15 Pro Kepada Pengguna Facebook Comments Off on Tune Talk Dan Vivo Menawarkan 10 Buah Vivo V15 Pro Kepada Pengguna Facebook 337

Vivo Malaysia kini mengumumkan kolaberasi dengan pengendali mudah alih, Tune Talk dalam menyambut ulang tahun yang ke-10 Tune Talk. Sambutan ini lebih meriah apabila mereka menawarkan telefon pintar Vivo V15 Pro secara percuma melalui peraduan mudah di Facebook.

Sebanyak 10 unit telefon pintar Vivo V15 Pro akan diberikan secara percuma kepada pemenang bertuah. Pemenang akan dipilih secara rawak bermula dari 10 Jun hingga 30 Jun 2019.

  1. Berikut adalah cara untuk anda menyertai peraduan:Ikuti/Follow akaun Facebook Tune Talk Malaysia
  2. Kongsi/Share siar Facebook ini
  3. Tag 10 rakan Facebook anda
  4. Sertakan tanda pagar #TuneTalkTurns10

Vivo V15 Pro hadir dengan kamera depan terangkat 32MP, tri-kamera belakang 48MP+8MP+5MP dengan sokongan Super Night Mode, paparan penuh 6.39-inci FHD+, cip pemproses Snapdragon 675, memori 8GB RAM, dan 128GB storan. Ia dibekalkan bateri 3,700mAh dengan sokongan pengecasan pantas bersama janaan sistem operasi Funtouch OS 9 berasaskan Android 9.0 Pie.

Bagi pengguna Facebook seperti anda, lekas sertai peraduan ini untuk memenangi hadiah bernilai RM1,899!

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend