Tukar Bateri Untuk 22 Model Huawei Terpilih Pada Harga Hanya RM99, Tiada Caj Tambahan Dikenakan Comments Off on Tukar Bateri Untuk 22 Model Huawei Terpilih Pada Harga Hanya RM99, Tiada Caj Tambahan Dikenakan 449

Promosi untuk penukaran bateri untuk peranti Huawei terpilih pada harga RM99 bukanlah sesuatu yang baru ditawarkan oleh Huawei kepada para penggunanya. Namun begitu, promosi itu sebelum ini hanya ditawarkan untuk tempoh terhad dan juga hanya tersedia untuk model tertentu sahaja.

Baru-baru ini Huawei telah berkongsi berita baik kepada lebih banyak pemilik telefon pintar keluarannya dengan mengumumkan program penukaran bateri pada harga hanya RM99 (termasuk alat ganti dan juga caj pemasangan) tanpa dikenakan sebarang caj tambahan. Apa yang lebih menariknya, program penukaran bateri ini tidak lagi terhad untuk tempoh masa yang tertentu kerana harga itu boleh dinikmati bermula 10 Jun 2019.

Setiap model telefon pintar Huawei yang telah ditukarkan ke bateri baharu ini juga akan turut menikmati jaminan waranti tambahan selama 30 hari selepas daripada tarikh penukaran bateri. Bahkan proses penukaran bateri ini boleh dibuat di semua pusat servis Huawei yang sah (bergantung kepada ketersediaan alat ganti).

Senarai 22 model telefon pintar Huawei yang boleh menikmati penukaran bateri RM99:

  • Siri Huawei P
    • P9 / P9 Plus / P9 Lite
    • P10 / P10 Plus / P10 Lite
    • P20 / P20 Pro
  • Siri Huawei Mate
    • Mate 8
    • Mate 9 / Mate 9 Pro / Mate 9 Porsche Design
    • Mate 10 / Mate 10 Pro / Mate 10 Porsche Design
  • Siri Huawei Nova
    • Nova Plus
    • Nova Lite
    • Nova 2 Plus
    • Nova 2 Lite
    • Nova 3 / Nova 3i

Lokasi pusat servis Huawei yang sah di seluruh Malaysia:

Miliki telefon pintar Huawei di Huawei Online Official Store:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend