TSMC Merasmikan Pelancaran Proses R&D Untuk Cip Pemproses 2nm Yang Pertama Di Dunia Comments Off on TSMC Merasmikan Pelancaran Proses R&D Untuk Cip Pemproses 2nm Yang Pertama Di Dunia 296

Pada Disember 2018 yang lalu, kami telahpun mendedahkan bahawa TSMC dilaporkan akan mula membangunkan kilang pembuatan cip 3nm bermula tahun 2020 nanti. Laporan mengenai pembangunan kilang tersebut telah diumumkan selepas tapak kilang pembuatan cip 3nm itu telah berjaya melepasi penilaian alam sekitar.

Apa yang lebih mengejutkan, TSMC baru-baru ini telah mengumumkan secara rasmi untuk melancarkan proses R&D (Penyelidikan dan Pembangunan) untuk penghasilan cip pemproses 2nm. Kedudukan kilang yang terletak di Southern Science and Technology Park di Hsinchu, Taiwan, ini dijangka akan mula memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2024 nanti.

Garis masa penghasilan cip pemproses mudah alih.

Menurut Zhuang Zishou selaku Pengarah di Taiji Power Plant, keputusan TSMC untuk mempercepatkan proses R&D cip pemproses 2nm ini dibuat lebih awal bagi mengatasi persaingan daripada Samsung. Tambahnya lagi, kilang penghasilan cip pemproses 3nm di Taiwan akan mula beroperasi pada tahun 2021, dan akan memasuki fasa pengeluaran besar-besaran menjelang tahun 2022 nanti.

Berdasarkan jangkaan awal yang telah dikongsikan, kilang R&D dan juga pengeluaran besar-besaran untuk cip pemproses 2nm ini akan mula direalisasikan dalam tempoh lima tahun lagi.]

sumber

Baca juga:

TSMC Dilaporkan Akan Mula Membangunkan Kilang Pembuatan Cip 3nm Bermula Tahun 2020

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend