TSMC Menjangkakan 300 Juta Telefon 5G Akan Dijual Pada Tahun Depan Comments Off on TSMC Menjangkakan 300 Juta Telefon 5G Akan Dijual Pada Tahun Depan 218

TSMC adalah pembekal cip telefon pintar terbesar di dunia malah dalam laporan terbaru, syarikat ini mengatakan tempahan modem 5G kini sedang meningkat sekaligus pembinaan cip tersebut sedang rancak dilakukan di barisan pengeluaran.

Jangkaan mereka pada tahun hadapan adalah sebanyak 300 juta unit telefon pintar 5G. Tetapi ada pula pihak mendakwa, sasaran yang diletakkan syarikat begitu tinggi memandangkan penganalisa hanya menjangkakan sebanyak 200 juta unit sahaja yang akan dikeluarkan.

Analisa strategi menganggarkan telefon 5G akan dijual sebanyak 1% sahaja pada tahun ini namun akan meningkat kepada 10 kali ganda pada tahun hadapan. Malahan untuk lima tahun akan datang, kebanyakan telefon yang dijual mempunyai sokongan 5G.

Apa yang membuatkan penjualan telefon 5G perlahan pada tahun ini salah satunya adalah kerana harga peranti itu sendiri. Liputan 5G juga antara faktor utama. Walaubagaimanapun HMD Global selaku pembuat telefon Nokia pernah mengatakan bahawa mereka akan mengeluarkan telefon 5G pada harga mampu milik pada masa akan datang.

Ketika ini, Samsung masih lagi meneraju pasaran telefon pintar di negara kelahiran mereka sendiri iaitu di Korea Selatan. Manakala HUAWEI pula menjangkakan sebanyak 80 juta unit telefon pintar akan diedarkan di China pada tahun 2020.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend