TSMC Dilaporkan Akan Mula Menghasilkan Cip 5nm Bermula April Tahun Ini Comments Off on TSMC Dilaporkan Akan Mula Menghasilkan Cip 5nm Bermula April Tahun Ini

Berdasarkan laporan terkini yang telah dikongsikan oleh portal Digitimes, ada sumber dalaman dalam industri telah mendedahkan bahawa TSMC dikatakan akan mula menghasilkan cip berasaskan proses 5nm menjelang bulan depan.

Portal itu juga turut mendedahkan bahawa kesemua kapasiti proses 5nm oleh TSMC juga telah penuh ditempah oleh pelanggannya. Bahkan TSMC juga diramalkan akan melabur sebanyak USD2.5 bilion untuk penghasilan teknologi 5nm pada tahun ini.

Sebelum ini TSMC telahpun menghasilkan cip berasaskan proses 7nm yang dibangunkan sejak tahun 2018 yang lalu. Sebagaimana penghasilan cip 7nm, Apple berkemungkinan besar menjadi pelanggan utama TSMC.

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend