TSMC Dilaporkan Akan Menghasilkan Cipset Apple A14 Berasaskan 5nm Bermula Suku Kedua Tahun Ini Comments Off on TSMC Dilaporkan Akan Menghasilkan Cipset Apple A14 Berasaskan 5nm Bermula Suku Kedua Tahun Ini

Pada Oktober 2019 yang lalu, Apple telah dilaporkan akan mula menggunakan cipset berasaskan proses 5nm dan juga sokongan modem 5G daripada Qualcomm X55 untuk model iPhone tahun ini.

Berita terkini yang dikongsikan oleh Digitimes, TSMC akan kekal sebagai rakan kongsi tunggal untuk Apple bagi menghasilkan cipset untuk siri iPhone model tahun 2020. Malah menurut portal itu, TSMC akan menghasilkan cipset berasaskan 5nm EUV ini bermula akhir suku kedua tahun ini.

Bagi memastikan penawaran cipset yang mencukupi, dua pertiga daripada kapasiti proses 5nm yang dihasilkan oleh TSMC dikatakan akan dibekalkan untuk siri iPhone 2020. Selain cipset Apple A14, cipset HiSilicon Kirin juga merupakan antara pelanggan awal yang akan menggunakan proses 5nm daripada TSMC.

Baca juga:

Apple Dipercayai Akan Menggunakan Cipset 5nm Dengan Sokongan 5G Menjelang Tahun Depan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend