Trump Sedia Menandatangani Perintah Pengharaman Pembelian Peralatan Huawei, ZTE Comments Off on Trump Sedia Menandatangani Perintah Pengharaman Pembelian Peralatan Huawei, ZTE

Syarikat dari China, Huawei dan ZTE kini dilaporkan makin hampir untuk diharamkan oleh AS dalam membekalkan peralatan telekomunikasi untuk syarikat telco di sana. Presiden Donald Trump kini sedia menandatangani perintah eksekutif pada tahun baru nanti yang mana akan mengisytiharkan situasi kecemasan negara dengan menghalang syarikat AS daripada menggunakan peralatan telekomunikasi yang dibuat oleh Huawei dan ZTE.

Reuters turut menambah, pada masa ini satu rang undang-undang dasar pertahanan telah dikuatkuasakan, yakni melarang kerajaan AS daripada menggunakan peralatan Huawei dan ZTE. Melalui perintah eksekutif terbaru kelak, sekatan terhadap semua syarikat di AS akan dilaksanakan dengan tidak menamakan Huawei dan ZTE. Malahan, Jabatan Perdagangan AS akan menghentikan segala pembelian peralatan telekomunikasi dari negara asing (China) atas faktor risiko keselamatan negara.

Jika Presiden Trump memutuskan untuk menandatanganinya, Huawei dan ZTE tidak lagi akan menjadi pemain utama dalam membekal peralatan empat kali ganda lebih murah berbanding pembekal lain.

Di luar bandar AS, kebanyakannya menggunakan peralatan telekomunikasi daripada Huawei dan ZTE. Bagaimanapun, penggantian peralatan ini memerlukan masa dan sumber kewangan yang banyak. Jadi berkemungkinan kita akan mendengar lebih lanjut mengenai ini pada minggu pertama tahun 2019.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend