Tronsmart Bakal Lancar Spunky Beat TWS Dengan Sokongan Cip Qualcomm QCC3020 Pada Harga RM299 Comments Off on Tronsmart Bakal Lancar Spunky Beat TWS Dengan Sokongan Cip Qualcomm QCC3020 Pada Harga RM299 250

Tronsmart selaku jenama pengeluar gajet terkenal nampaknya akan turut memeriahkan lagi aksesori audio tanpa wayar ini dengan kemunculan Spunky Beat TWS yang akan diperkenalkan tidak lama lagi. Tronsmart Spunky Beat telah dibangunkan dengan menjanjikan kualiti terbaik pada harga mampu milik.

This slideshow requires JavaScript.

Dikuasakan dengan cip Qualcomm QC3020, Spunky Beat mampu menjanjikan sambungan yang lebih stabil, transmisi lebih cepat, dan juga masa kependaman (latency) lebih rendah. Kualiti audionya pula tersedia dengan sokongan teknologi audio Qualcomm aptX HD yang menjanjikan pengalaman mendengar berkualiti HD dengan bantuan pemacu speaker 6mm.

This slideshow requires JavaScript.

Tronsmart Spunky Beat turut tersedia dengan teknologi Qualcomm DSP & cVc Active Noise Cancelling (ANC) 8.0 yang mampu memastikan pengalaman audio tanpa bunyi bising persekitaran. Malah ia juga menjanjikan ketahanan bateri yang sangat baik iaitu sehingga 7 jam pada earbuds, dan mencecah sehingga 24 jam dengan bantuan sarung pengecas.

This slideshow requires JavaScript.

Tronsmart Spunky Beat akan dijual secara rasmi di Malaysia pada harga RM299, dan ia akan didatangkan dengan jaminan waranti selama 1 tahun daripada Tronsmart Malaysia.

Spesifikasi:

Pakej pembelian:

Promosi istimewa Tronsmart Spunky Beat di Shopee:

Bersempena pelancaran Tronsmart Spunky Beat, anda boleh membuat pra-tempah pada harga promosi hanya RM129 bermula 4 November hingga 10 November 2019. Malah pada hari promosi ‘11.11 Shopee Shocking Sale’, Tronsmart Spunky Beat akan ditawarkan pada harga hanya RM119 sahaja.

  • Beli Tronsmart Spunky Beat dengan harga diskaun menarik secara eksklusif hanya di Shopee
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend