Trak Membawa Telefon Pintar Xiaomi Bernilai Lebih RM500,000 Telah Dirompak Di India Comments Off on Trak Membawa Telefon Pintar Xiaomi Bernilai Lebih RM500,000 Telah Dirompak Di India 600

Bertempat di kawasan perkampungan Dagadarthi yang terletak di daerah Nellore, India, sebuah trak yang dalam perjalanan pada waktu malam ke Kolkata telah dirompak oleh penjenayah yang tidak dikenali. Menurut pihak polis tempatan, trak yang membawa muatan telefon pintar daripada jenama Xiaomi bernilai Rs10 juta (kira-kira RM572,238) telah dirompak ketika pemandunya berhenti rehat.

Dipercayai terdapat empat orang suspek telah bertindak mengikat pemandu trak itu pada pokok, dan telah melarikan trak itu sebelum memindahkan muatan tersebut ke trak lain di lokasi berbeza. Trak kosong itu kemudiannya telah dijumpai semula dan pihak polis telah percaya ia telah dirancang lebih awal dan mungkin melibatkan orang dalaman.

Berdasarkan laporan yang diterima, trak itu membawa muatan telefon pintar bernilai sekitar Rs6,000 (RM344) hingga Rs14,000 (RM802). Kes rompakan ini masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa tempatan untuk menjejaki penjenayah tersebut.

Sumber

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend