Trak Huawei Nova Superstar Telah Menarik Lebih 20,000 Pengunjung Di Festival Gegaria 2018 Comments Off on Trak Huawei Nova Superstar Telah Menarik Lebih 20,000 Pengunjung Di Festival Gegaria 2018

Pada acara Festival Gegaria yang diadakan di perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya 31 Ogos hingga 1 September yang lalu, Huawei telah berjaya menarik lebih 20 ribu pengunjung melalui Trak Huawei Nova Superstar yang diletakkan.

Bagi yang berkesempatan menyinggah sebentar di trak ini, anda pasti ingat artis yang hadir. Antara yang dijemput ialah Ruhainies, Izzue Islam, Daler Yusof, Johan As’ari, Nabil Aqil, Wany Hasrita, Intan Najuwa, Zee Zainal, dan Aliff Yasraff. Melalui kolaberasi antara Huawei dan Media Prima, sebuah konsert telah diadakan pada malam Merdeka yang lalu, Konsert Malaysia Kita Punya pula telah membariskan penyanyi seperti Bunkface, Kugiran Masdo, Misha Omar, Wany Hasrita, Stacy, dan Faizal Tahir.

Trak Huawei Nova yang diletakkan di acara festival ini ialah bertujuan untuk mempromosikan peranti terbaharu Huawei Nova 3 dan Huawei Nova 3i. Pengunjung juga diberikan peluang untuk bergambar dengan artis kesayangan mereka di sana menggunakan kamera berteknologi kecerdasan buatan (AI) yang terkini.

Jika anda masih menyimpan gambar yang diambil tempoh hari, boleh sahaja berkongsinya di ruangan komen kami.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend