Touch ‘n Go eWallet Sertai Ekosistem DuitNow Dan Akan Menerima Pakai Kod QR DuitNow Comments Off on Touch ‘n Go eWallet Sertai Ekosistem DuitNow Dan Akan Menerima Pakai Kod QR DuitNow

Touch ‘n Go eWallet kini akan menerima pakai QR DuitNow iaitu QR Standard Kebangsaan Malaysia dan menyertai ekosistem DuitNow yang dikendalikan oleh Payments Network Malaysia (PayNet).

Menerusi QR DuitNow, pengguna boleh membuat pembayaran dari mana-mana Bank atau aplikasi mudah alih eDompet yang mengambil bahagian. Peniaga hanya perlu memaparkan satu Kod QR, iaitu QR DuitNow untuk menerima pembayaran.

Touch ‘n Go eWallet akan beroperasi di dalam DuitNow menjelang Julai 2020 dan merancang untuk melaksanakan proses peralihan secara progresif buat semua peniaganya kepada Kod QR DuitNow, bagi membolehkan peniaga berkenaan menerima pembayaran daripada lebih 22 juta pemegang akaun bank dan eDompet pada masa akan datang.

Tidak lama lagi, pengguna Touch ‘n Go eWallet boleh menggunakan DuitNow untuk membuat pemindahan dana secara serta-merta di antara akaun Touch ‘n Go eWallet dan bank mereka serta eDompet lain.

Setakat ini, sebanyak 40 bank di Malaysia telah menjadi sebahagian daripada ekosistem DuitNow, di mana 9 daripadanya telah menawarkan QR DuitNow dalam aplikasi perbankan mudah alih mereka. Sementara itu, 38 bank, edompet dan entiti bukan bank juga dijangka akan memulakan implementasi QR DuitNow dalam tempoh 6 hingga 9 bulan akan datang.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend