Touch ‘n Go eWallet Lancar Inisiatif #JOMTEKSI Untuk Memajukan Industri Teksi Yang Lebih Sistematik Comments Off on Touch ‘n Go eWallet Lancar Inisiatif #JOMTEKSI Untuk Memajukan Industri Teksi Yang Lebih Sistematik

Touch ‘n Go eWallet yang menjadi pemangkin dunia tanpa tunai untuk mobiliti kini telah melancarkan inisiatif #JOMTEKSI fasa kedua yang akan memperkenalkan beberapa program baharu, dalam usaha untuk menyediakan ekosistem yang lebih inklusif untuk para pemandu teksi bergerak seiring dengan arus ekonomi digital.

Bertujuan untuk memajukan industri teksi yang lebih sistematik, inisiatif ini turut mendapat sokongan daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia, Cyberview, YES Communications, CARS International, Majlis Perbandaran Sepang, dan juga Perbadanan Putrajaya.

Yang Berhormat Tuan Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan Malaysia melawat tempat perhentian #JOMTEKSI yang telah diubah suai di Putrajaya Sentral.

Melalui #JOMTEKSI, pelbagai program dan inisiatif baharu telah diperkenalkan untuk memberi manfaat buat pemandu teksi dan juga penumpang yang menggunakan perkhidmatan ini.

Program dan inisiatif baharu #JOMTEKSI:

  • Pengubahsuaian lima perhentian teksi di sekitar kawasan Putrajaya dan Cyberjaya iaitu di Putrajaya Sentral, D’Pulze, Tamarind Square, Shaftsbury Square dan di hadapan Universiti LimKokWing di Cyberjaya. Bagi menggalakkan orang ramai menggunakan fasiliti yang telah ditambahbaik ini, setiap perhentian teksi ini turut dilengkapi dengan port USB yang dikuasakan oleh panel solar untuk membolehkan penumpang mengecas peranti mudah alih mereka. Malah bekalan kuasa itu akan turut digunakan untuk pencahayaan pada waktu malam.
  • Melalui program #JOMTEKSI, TNG Digital bekerjasama dengan Cyberview Sdn Bhd, pemangkin hab teknologi supaya Cyberjaya dan Putrajaya dijadikan sebagai platform untuk memulakan transformasi ekosistem teksi di negara ini. Kerjasama ini akan mengukuhkan sambungan perjalanan untuk komuniti dan menyediakan pilihan mobiliti tambahan.

  • 22 teksi milik duta #JOMTEKSI turut dilengkapi sambungan Wi-Fi 4G yang disokong oleh YES 4G. Ia merupakan inisiatif pertama seumpamanya untuk perkhidmatan teksi di Malaysia, yang berupaya meningkatkan permintaan terhadap perkhidmatan teksi biasa dan memberikan pengalaman yang lebih baik kepada penumpang secara keseluruhan.

  • Inisiatif #JOMTEKSI ini turut memperkenalkan perkhidmatan dandanan kereta, hasil kerjasama eksklusif dengan CARS International. Touch ‘n Go eWallet akan menyediakan elaun kepada pemandu teksi untuk menjaga kereta mereka, serta menganjurkan sesi latihan mengenai penyelenggaraan kereta dan ilmu asas teknikal. Kursus berkenaan dibentuk bagi membantu meningkatkan kemahiran pemandu teksi

  • Selain 22 duta #JOMTEKSI, terdapat lebih daripada 6,000 pemandu teksi yang telah memilih untuk menggunakan Touch ‘n Go eWallet sebagai kaedah pembayaran tanpa tunai. Menerusi #JOMTEKSI, setiap pemandu teksi berkenaan akan memperoleh insentif tambahan RM4 bagi setiap penumpang yang pertama kali membuat pembayaran menggunakan Touch ‘n Go eWallet. Tiga pemandu teksi yang menunjukkan prestasi terbaik dengan meraih insentif tertinggi berpeluang untuk memenangi percutian ke China dan mengalami sendiri gaya hidup masyarakat tanpa tunai di sana.

Yang Berhormat Tuan Loke Siew Fook – Menteri Pengangkutan Malaysia, Ignatius Ong – CEO TNG Digital Sdn Bhd, dan Amanda Chin – Ketua Mobiliti TNG Digital Sdn Bhd bergambar dengan rakan rasmi dan duta #JOMTEKSI.

Sempena dengan pelancaran ini, pengguna akan menerima pulangan tunai RM3 daripada jumlah tambang jika pembayaran dibuat melalui Touch ‘n Go eWallet dengan mana-mana 6,000 pemandu berdaftar dengan #JOMTEKSI. Promosi pulangan tunai ini boleh digunakan untuk semua destinasi di dalam Malaysia dan bermula dari 13 Disember 2019 hingga 12 Jun 2020.

Sementara itu, bagi mana-mana pemandu teksi yang ingin menjadi sebahagian daripada komuniti #JOMTEKSI, mereka boleh berhubung dengan rakan operasi #JOMTEKSI, iaitu Koperasi Pengangkutan Putrajaya & Cyberjaya, EzCab, PicknGo dan Taxi Comfort.

Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet:

Baca juga:

Touch ‘n Go eWallet Perkenal Kemudahan Pembayaran Parkir Kereta Di Lima Daerah

Waze Kini Akan Memaparkan Poin Tambah Nilai Touch ‘n Go Tanpa Caj Yang Terdekat

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend