Touch ‘n Go eWallet Kini Menawarkan Pilihan Bayaran Tanpa Tunai Untuk Pelanggan MULA Comments Off on Touch ‘n Go eWallet Kini Menawarkan Pilihan Bayaran Tanpa Tunai Untuk Pelanggan MULA 255

Pelanggan aplikasi seru-pandu MULA kini sudah boleh mula membuat pilihan untuk membuat pembayaran tanpa tunai menggunakan dompet digital daripada Touch ‘n Go apabila menggunakan perkhidmatan tersebut. Pilihan pembayaran alternatif ini telah dilancarkan secara rasmi melalui kerjasama strategik bagi memudahkan dan dalam masa yang sama menjanjikan pembayaran yang lebih selamat.

Melalui kerjasama ini, Touch ‘n Go eWallet dan MULA telah menawarkan ganjaran kepada pengguna MULA yang menggunakan dompet digital Touch ‘n Go untuk membuat pembayaran.

Selain menawarkan diskaun RM4 untuk pengguna yang pertama kali menggunakan aplikasi MULA, pengguna akan turut menerima diskaun RM4 untuk dua perjalanan dengan menggunakan kod promo ‘TNGEWALLET’ apabila membuat pembayaran menggunakan dompet digital Touch ‘n Go.

Muat turun aplikasi ‘MULA’:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend