Touch ‘n Go eWallet Kini Boleh Digunakan Di Pasar Besar Seremban Comments Off on Touch ‘n Go eWallet Kini Boleh Digunakan Di Pasar Besar Seremban

Selepas peniaga gerai dan pasar malam di jalan-jalan warisan di Pulau Pinang, kini tiba giliran para penjual di Pasar Besar Seremban pula menawarkan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai Touch ‘n Go eWallet.

Majlis pelancaran yang turut dihadiri Ahli Parlimen Seremban, YB Anthony Loke berkata, “Ini merupakan inisiatif yang sangat hebat oleh TNG Digital untuk meningkatkan Seremban ke ketinggian digital yang lebih tinggi.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Touch ‘n Go eWallet atas usaha berterusan yang memberi manfaat bukan sahaja kepada para pembeli dan pengguna, tetapi juga para pedagang tempatan setiap hari di pasar malam dan pasar seperti ini.

Saya teruja melihat perkembangan yang dilakukan oleh perniagaan tempatan kami dengan melaksanakan dan menawarkan Touch ‘n Go eWallet sebagai mod pembayaran digital kepada pengguna. Saya yakin dengan Touch ‘n Go eWallet, Seremban kini sedang dalam perjalanan menjadi bandar tanpa tunai diikuti oleh daerah-daerah lain di Negeri Sembilan!”

Anthony Loke sedang membayar menggunakan Touch ‘n Go eWallet di Pasar Besar Seremban

Inisiatif ini juga seiring dengan kempen Touch ‘n Go eWallet ‘Seremban Takeover’, perkongsian antara eWallet dan EzCab untuk menggalakkan rakyat Seremban menjadi komuniti tanpa tunai yang benar dan memperkasakan penduduk tempatan untuk mengalami kaedah yang lebih mudah dan selamat untuk bergerak di sekitar bandar.

Kempen ini membolehkan pengguna EzCab menikmati diskaun sehingga RM4.00 untuk mana-mana dua(2) tunggangan di Seremban apabila mereka membayar tambang melalui Touch ‘n Go eWallet. Kempen ini bermula hari ini dan akan berakhir pada 15 Mac 2020.

TNG Digital pada masa sama turut memberitahu perkhidmatan seumpama ini akan diperluaskan ke daerah lain di Negeri Sembilan pada masa akan datang.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend