Touch ‘n Go Dan Shell Malaysia Bekerjasama – Tag RFID Percuma, Pulangan Tunai Apabila Mengisi Minyak Comments Off on Touch ‘n Go Dan Shell Malaysia Bekerjasama – Tag RFID Percuma, Pulangan Tunai Apabila Mengisi Minyak

Touch ‘n Go dan Shell Malaysia hari ini menandatangani MOU untuk menawarkan perkhidmatan pembayaran RFID di stesen minyak kepada orang ramai.

Ini adalah sejajar dengan cadangan Touch ‘n Go dalam memperluaskan penggunaan RFID di Malaysia yang bukan sahaja tertumpu di plaza tol lebuhraya.

Melalui kerjasama ini, Touch ‘n Go turut mengumumkan promosi pemasangan RFID di stesen Shell terpilih. Dari 15 Feb hingga 31 Mac 2020, orang ramai boleh mendapatkan tag RFID secara percuma apabila berbelanja minimum RM50 menggunakan Touch ‘n Go eWallet. Tawaran ini terhad kepada 10,000 pelanggan terawal.

Semak lokasi stesen Shell yang berdekatan:

1. Shell Wangsa Maju 2
2. Shell Taman Connaught
3. Shell STN Minyak Kota Warisan 1
4. Shell PLUS Highway Jalan Duta Klang Bound (Entrance of NKVE Jalan Duta)
5. Shell Desa Aman Puri
6. Shell Jalan Kuchai Lama 2
7. Shell Kota Damansara Seksyen 6
8. Shell Sri Hartamas
9. Shell Jalan Kepong 2 (Lot 4086 Jln Kepong Mukim Batu, Kuala Lumpur, 52100)
10. Shell Jalan Cheras KM 5.5 (PT 7430 HSD 111856, Kuala Lumpur, 56100)

Bermula 15 Februari, tag RFID tidak lagi diedarkan secara percuma malah orang ramai akan dikenakan bayaran RM35 untuk memasangnya.

Baca: Caj RM35 Untuk Pemasangan Tag RFID Bermula 15 Feb Ini

Promosi kedua pula, Touch ‘n Go dan Shell Malaysia bakal mengadakan kempen istimewa untuk para penerima skim eTunai Rakyat. Dari 17 Feb hingga 14 Mac 2020, pulangan tunai RM5+RM2 akan dikreditkan ke dalam akaun Touch ‘n Go eWallet apabila anda berbelanja minimum RM20 di Shell seluruh negara.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend