TnG eWallet Buat Promosi Tambah Nilai, Beli Kredit RM20 Percuma RM5 Comments Off on TnG eWallet Buat Promosi Tambah Nilai, Beli Kredit RM20 Percuma RM5 488

Touch n’ Go eWallet merupakan aplikasi e-dompet yang membolehkan pengguna berbelanja tanpa perlu menggunakan tunai. Melaluinya, pengguna juga boleh menyemak baki kad TnG yang ditambat selain boleh digunakan di lorong RFID dan pembayaran tol (KESAS, DUKE, SILK, LDP, Grand Saga, dll) walaupun kad TnG tiada kredit.

Kini, promosi terbaru menawarkan kredit percuma bernilai RM5 apabila anda menambah nilai sekurang-kurangnya RM20 untuk TnG eWallet di Giant Supermarket, Watson Store, CaRiNG Pharmacy, dan G Ekspres Store.

Pin tambah nilai percuma akan disertakan dalam resit pin tambah nilai yang dibeli. Ianya perlu ditebus sebelum 18 November 2019 atau luput selepas itu. Pin percuma hanya diberikan untuk satu transaksi sahaja dan terhad kepada 40,000 transaksi pertama.

Jadi, jangan lupa untuk rebut tawaran ini di kedai terpilih di seluruh negara sementara stok masih ada.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend