TNG Digital Umum Hab Operasi Perniagaan Di Bangsar South Dan Menawarkan Program Latihan Industri Dengan Kelayakan Minimum SPM Comments Off on TNG Digital Umum Hab Operasi Perniagaan Di Bangsar South Dan Menawarkan Program Latihan Industri Dengan Kelayakan Minimum SPM

Hari ini TNG Digital Sdn Bhd (TNG Digital) secara rasminya telah membuka hab operasi perniagaan di Bangsar South. Dengan penubuhan hab ini, objektif utamanya adalah untuk meningkatkan cara pengguna di negara ini untuk menggunakan aplikasi e-dompet Touch ‘n Go secara optimum.

Sebelum ini aplikasi e-dompet Touch ‘n Go hanya membolehkan pengguna membuat pembayaran bil, menambah nilai kredit telefon mudah alih, membuat pemindahan wang, menempah tiket wayang dan tiket penerbangan. Tetapi kini aplikasi e -dompet ini telah ditambah dengan satu lagi ciri tambahan yang membolehkan pengguna memasukkan sehingga tiga kad TNG yang dimiliki bagi memudahkan pemantauan status baki kad dibuat.

Sungguhpun begitu, baki kad akan hanya dikemaskinikan dalam tempoh 48 jam selepas transaksi dibuat dan bukannya secara masa nyata. Lebih menariknya, TNG Digital juga turut mengumumkan program latihan industri untuk pelajar dengan menggunakan kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Seramai 10 pelajar akan dipilih untuk menyertai program yang akan diadakan selama 10 minggu ini dan mereka akan ditempatkan di pelbagai jabatan berbeza di TNG Digital. Di akhir latihan industri ini juga, seorang pelajar akan dipilih untuk menikmati pengalaman gaya hidup tanpa tunai di Hangzhou, China.

Muat turun aplikasi e-dompet Touch ‘n Go:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend