TMT Anjur Kempen ‘Game On’ – Tawar Pelbagai Produk Berkaitan Gaming Pada Harga Menarik Comments Off on TMT Anjur Kempen ‘Game On’ – Tawar Pelbagai Produk Berkaitan Gaming Pada Harga Menarik

TMT (Thundermatch Technology) hari ni melancarkan kempen yang dinamakan ‘Game On’ – kempen yang menawarkan barisan produk gaming daripada semua jenama terkemuka pada harga menarik.

Kempen ini juga bertujuan untuk mempromosikan industri gaming selari dengan seruan kerajaan untuk memajukan eSukan di negara ini.

Berlangsung selama seminggu bermula 18 Mac hingga 24 Mac 2019 di Centre Court, Mid Valley Megamall, orang ramai boleh melihat pelbagai produk daripada Alienware, AOC, Aorus, Asus, BenQ, Cooler Master, Corsair, Dell, Omen oleh HP, Hyper, Intel, Legion oleh Lenovo, Logitech, MSI, Predator, Razer, Republik Gamers, Sony, Thermaltake, Vive dan Zowie.

Seperti contoh, bagi yang ingin mendapatkan Razer Phone 2, ia boleh dimiliki pada harga RM2,749 (RM3,449) serta hadiah percuma berupa Razer Hammerhead Pro V2.

Di jerayawara ini juga, orang ramai boleh menonton pasukan eSukan terkenal bertanding dalam kejohanan PUBG dan Mobile Legends untuk merebut hadiah wang tunai RM20,000 pada 23 dan 24 Mac. Peminat boleh bersorak untuk pasukan kegemaran mereka sambil menonton pertempuran secara langsung di skrin besar. Pada hujung minggu kempen pula, sesi pertemuan bersama pemain terkenal Jossete, David Xero dan Victor Kax turut akan diadakan.

Kempen ‘Game On’ ini akan berterusan di platfom eDagang, Shopee yang mana orang ramai boleh mendapatkan produk gaming yang diimpikan dengan bayaran ansuran pada kadar faedah 0%. Apa yang perlu mereka lakukan hanyalah mengimbas kod QR yang terlekat pada produk untuk membuat pembelian di Shopee – lebih kurang seperti pembelian offline-to-online.

Bagi mereka yang berbelanja sekurang-kurangnya RM500 di mana-mana kedai TMT di seluruh negara mulai hari ini hingga 18 April 2019, mereka layak mengambil bahagian dalam cabutan bertuah untuk berpeluang memenangi sejumlah baucar dan produk bernilai sejumlah RM40,000.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend