Tips: Tingkatkan Kelancaran Pengoperasian Peranti Android Anda Dengan Cara Mudah Ini… 0 348

Tidak dinafikan lagi bahawa kelancaran pengoperasian sistem sesebuah peranti Android sebenarnya bergantung kepada jenis pemproses yang digunakan, kapasiti RAM dan juga antaramuka yang disokong. Namun tanpa anda sedar, platform Android sebenarnya turut menyokong efek animasi yang sedikit sebanyak boleh menyumbangkan kepada isu kelancaran pengoperasian, terutamanya untuk peranti yang memiliki spesifikasi yang agak rendah. Untuk pengetahuan anda, sokongan efek animasi pada Android sebenarnya boleh ditutup secara manual. Jadi ikuti tips berikut untuk anda menutup atau mengurangkan efek animasi tersebut…

Langkah 1

>> Akses Settings pada peranti Android anda dan pilih menu About phone.

Langkah 2

>> Sentuh ruangan menu Build number sebanyak tujuh kali berturut-turut.

Langkah 3

>> Sekiranya berjaya, tetingkap mini dengan mesej ‘You are now a developer’ akan terpapar pada skrin peranti Android anda.

Langkah 4

>> Kembali semula ke menu sebelumnya dan kini anda boleh melihat satu menu baru akan dipaparkan iaitu Developer options.

Langkah 5

>> Klik menu Developer options dan tatal skrin ke bawah. Pada ruangan Drawing anda akan menemui tiga menu berkaitan dengan animasi iaitu Window animation scale, Transition animation scale dan juga Animator duration scale. Ketiga-tiga menu ini akan memaparkan skala animasi pada peringkat 1x.

Langkah 6

>> Klik setiap satu daripada ketiga-tiga menu berkenaan dan anda boleh terus menutup efek animasi tersebut dengan memilih menu Animation off ataupun mengurangkan efek animasi dengan memilih menu Animation scale 0.5x.

Kini peranti Android anda akan terasa lebih lancar kerana efek animasi ketika membuka atau menutup aplikasi akan terasa jauh lebih cepat. Anda boleh rujuk video berikut untuk melihat contoh kelancaran pengoperasian selepas efek animasi ditutup sepenuhnya:

 

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend