[Tips] Tak Suka Kewujudan ‘Lubang Hitam’ Pada Huawei Nova 4?! Ini Cara Untuk Sembunyikannya… 0 442

Demi mendapatkan rekaan skrin penuh, pengeluar telah mencuba pelbagai cara alternatif iaitu sama ada melalui rekaan takuk pada skrin ataupun menggunakan rekaan kerangka jenis gelongsor. Namun begitu, Huawei telah menggunakan kaedah yang dirasakan lebih praktikal untuk kegunaan seharian iaitu melalui rekaan kamera depan di dalam skrin atau lebih dikenali sebagai ‘Punch FullView Display’.

Namun jika anda masih rasa terganggu dengan kehadiran ‘lubang hitam’ pada sisi kiri atas skrin pada Huawei Nova 4, sokongan antaramuka EMUI telah dilengkapi dengan ciri khas untuk anda menyembunyikannya. Berikut adalah langkah mudah yang perlu anda ikuti:

Langkah 1

Akses menu Settings pada Huawei Nova 4 anda dan pilih menu Display.

Langkah 2

Pilih menu More display settings.

Langkah 3

Seterusnya klik pada menu Notch.

Langkah 4

Tandakan pada ruangan Hide notch untuk menyembunyikan ‘lubang hitam’ pada skrin Huawei Nova 4.

Sebelum & Selepas

Kini anda tidak lagi dapat melihat kehadiran ‘lubang hitam’ pada skrin Huawei Nova 4. Sungguhpun begitu, bahagian hitam itu masih dioptimumkan ruangannya untuk memaparkan status isyarat, bateri dan juga notifikasi yang diterima.

Nota: Tips ini juga boleh digunakan pada semua peranti Huawei dan Honor yang dioperasikan dengan antaramuka EMUI 8.0 dan ke atas.

Harga dan ketersediaan Huawei Nova 4 di pasaran tempatan:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend