[Tips] Sembunyikan Fail Privasi Anda Pada Peranti ColorOS 6.0 Dengan Sokongan ‘Private Safe’- OPPO dan Realme Comments Off on [Tips] Sembunyikan Fail Privasi Anda Pada Peranti ColorOS 6.0 Dengan Sokongan ‘Private Safe’- OPPO dan Realme 485

Sekiranya anda memiliki telefon pintar yang dioperasikan dengan antaramuka ColorOS 6.0, sama ada OPPO ataupun Realme, kini anda boleh menyembunyikan fail privasi dengan cara yang mudah melalui fungsi terbina-dalam yang disediakan.

Dikenali sebagai Private Safe, anda mampu menyembunyikan pelbagai fail termasuklah gambar, video, lagu, dokumen dan sebagainya, agar tidak boleh diakses tanpa kebenaran. Ini bermakna anda hanya boleh mengakses fail yang disembunyikan hanya dengan menggunakan kemasukan nombor PIN yang telah ditetapkan sahaja.

Langkah 1

→ Pada peranti ColorOS 6.0 anda, akses Settings dan diikuti dengan menu Security.

Langkah 2

→ Di dalam menu Security, tatal skrin ke bawah dan klik pada menu Private Safe.

Langkah 3

→ Sebaik sahaja anda klik pada menu tersebut, satu tetingkap akan dipaparkan untuk meminta anda menetapkan kod laluan pada Private Safe. Klik pada butang Set Passcode.

Langkah 4

→ Selepas memasukkan 7 digit pada nombor PIN (kod laluan), anda perlu memasukkan pula jawapan untuk soalan keselamatan yang diajukan. Kini fungsi Private Safe telah diaktifkan pada peranti anda dan anda boleh memilih fail privasi yang ingin disembunyikan.

Langkah 5

→ Pengaktifan fungsi Private Safe boleh diakses melalui aplikasi File Manager, dan anda hanya perlu menyentuh bahagian yang terdapat perkataan ‘File Manager’ selama beberapa saat untuk memasukkan nombor PIN yang ditetapkan sebelum ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend