[Tips] Rangkaian Internet Teruk?! Ikuti Langkah Mudah Ini Untuk Mengembalikan Semula Kepantasan Sambungan Comments Off on [Tips] Rangkaian Internet Teruk?! Ikuti Langkah Mudah Ini Untuk Mengembalikan Semula Kepantasan Sambungan 831

Apabila anda menerima kemas kini baharu utama pada telefon pintar anda, isu yang sering dihadapi adalah pengoperasian peranti ataupun akses aplikasi yang dirasakan sedikit perlahan. Seperti yang telah kami kongsikan sebelum ini, anda boleh menjalankan proses Wipe Cache Partition untuk mengatasi isu tersebut.

[Tips] Peranti Huawei Bermasalah Selepas Kemas Kini?! Lakukan Proses ‘Wipe Cache Partition’

Selain itu, satu lagi isu yang sering dihadapi oleh pengguna adalah rangkaian Internet yang dilihat semakin lemah sambungannya. Bahkan perkara ini juga telah terjadi pada telefon pintar milik kami, jika sebelum ini peranti memaparkan sambungan 4G, tetapi di lokasi yang sama hanya sambungan H atau H+ sahaja yang dipaparkan. Jadi bagi mengatasi masalah tersebut, ikuti beberapa langkah mudah seperti berikut:

PERHATIAN!
Proses ini akan menyebabkan kesemua kata laluan WiFi yang pernah anda set akan dipadam dan anda perlu memasukkan semula kata laluan WiFi secara manual.

NOTA!
Berbeza dengan kaedah mengaktifkan fungsi ‘Airplane mode’ untuk penukaran capaian rangkaian ke menara pemancar yang terdekat, tips ini boleh digunakan pada peranti yang sememangnya berhadapan dengan isu rangkaian Internet (terutamanya selepas peranti dikemaskinikan).

Cara mengembalikan semula kekuatan isyarat rangkaian Internet pada peranti:

Langkah 1

→ Pada telefon pintar anda, akses menu Settings dan untuk peranti yang menggunakan antaramuka Android asli, anda perlu mengakses menu System.

Langkah 2

→ Sebagai alternatif, anda juga boleh menaip perkataan ‘Reset’ pada bahagian ruangan carian yang tersedia pada bahagian atas antaramuka Settings.

Langkah 3

→ Kemudian klik pada menu Advanced dan pilih menu Reset options.

Langkah 4

→ Seterusnya pilih menu ‘Reset WiFi, mobile & Bluetooth’ atau ‘Reset network settings’.

Langkah 5

→ Bagi memulihkan semula rangkaian Internet anda, klik sahaja pada butang ‘RESET SETTINGS’ atau ‘RESET NETWORK SETTINGS’. Untuk meneruskan proses reset, anda perlu memasukkan kata laluan telefon pintar anda yang pernah diset sebelum ini. Kini rangkaian Internet anda akan kembali normal seperti biasa.

Baca juga:

[Tips] Aktifkan Fungsi ‘WiFi Bridge’ Pada Peranti EMUI 9.0/9.1 Untuk Memperluaskan Rangkaian WiFi

[Tips] Cara Mudah Untuk Menambah Fungsi Rakaman Panggilan Pada Peranti Dengan Sokongan EMUI 9

[Tips] Cara Untuk Mengaktifkan ‘Camera2 API’ dan Memasang GCam Pada ASUS ZenFone Max Pro M1 Tanpa Perlu Root!

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend