[Tips] Peranti Huawei Bermasalah Selepas Kemas Kini?! Lakukan Proses ‘Wipe Cache Partition’ Comments Off on [Tips] Peranti Huawei Bermasalah Selepas Kemas Kini?! Lakukan Proses ‘Wipe Cache Partition’ 2667

Apabila menjalankan proses kemas kini EMUI 9.0 pada peranti Huawei, mungkin ada di antara pengguna yang berhadapan dengan isu kelancaran pengoperasian sistem. Ini kerana system cache partition pada telefon pintar akan menyimpan data sistem sementara bagi memastikan sistem untuk mengakses aplikasi dengan lebih cepat dan efisien.

Namun begitu, adakalanya perkara ini boleh menyebabkan peranti anda berhadapan dengan isu terutamanya selepas dikemaskinikan ke versi Android utama. Sebagai contoh, kemas kini daripada EMUI 8.0 berasaskan Android 8.x Oreo ke EMUI 9.0 berasaskan Android 9.0 Pie. Jadi bagi memastikan telefon pintar anda beroperasi dengan lebih lancar tanpa isu, kami akan berkongsi tips untuk anda menjalankan proses wipe cache partition pada peranti Huawei masing-masing.

PERHATIAN:
Sebelum memulakan proses untuk mengakses mod Recovery, pastikan anda mengikuti langkah berikut:

  • Pastikan peratusan bateri tidak kurang daripada 50%.
  • Jangan sambungkan kabel USB pada peranti anda.
  • Tekan kombinasi butang yang betul seperti yang ditunjukkan.

Langkah 1


Sebelum memulakan proses Wipe Cache Partition, telefon pintar Huawei perlu dimatikan sepenuhnya kerana anda perlu mengakses mod Recovery.

Langkah 2


Untuk mengakses mod Recovery, anda perlu menekan butang Volume Up dan butang kuasa secara serentak. Apabila logo Huawei terpapar pada skrin, lepaskan butang kuasa dan pastikan butang Volume Up terus ditekan sehinggalah mod Recovery berjaya diakses.

Langkah 3


Apabila berada dalam mod Recovery, anda hanya perlu menggunakan butang Volume Up atau Volume Down untuk memilih menu. Klik butang Volume Down untuk memilih menu ‘Wipe cache partition’ dan tekan butang kuasa untuk meneruskan proses tersebut.

Langkah 4


Sebaik sahaja butang kuasa ditekan, proses ‘Formatting cache’ akan dijalankan secara automatik dan proses ini mengambil masa hanya beberapa saat sahaja.

Langkah 5


Apabila proses wipe cache partition dijalankan, secara automatik ia akan kembali ke muka utama mod Recovery. Anda hanya perlu memilih menu ‘Reboot system now’ untuk menghidupkan semula telefon pintar seperti biasa.

Nota: Proses ‘Wipe Cache Partition’ tidak akan menyebabkan telefon pintar anda kehilangan data peribadi mahupun tetapan peranti. Tips ini turut boleh diguna pakai untuk telefon pintar keluaran Honor yang dioperasikan dengan antaramuka EMUI.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend