[Tips] Penukaran Mudah Dan Pantas Audio Pada Earphone Bluetooth Ke Speaker Peranti EMUI 10 Comments Off on [Tips] Penukaran Mudah Dan Pantas Audio Pada Earphone Bluetooth Ke Speaker Peranti EMUI 10 212

Buat masa ini pemilik peranti terpilih keluaran HUAWEI dan HONOR sudahpun mula menerima kemas kini rasmi EMUI 10 berasaskan Android 10. Melalui kemas kini baharu ini, ia telah menampilkan kelainan pada antaramuka dan juga pelbagai sokongan fungsi baharu.

Antara salah satu daripada fungsi baharu yang dirasakan sangat praktikal yang kami temui pada EMUI 10 adalah keupayaan untuk menukar audio yang sedang dimainkan pada peranti Bluetooth (contoh: earphone dan speaker) ke speaker telefon pintar dengan sangat mudah.

Untuk menggunakan fungsi ini, pengguna hanya perlu menyentuh ikon yang terdapat pada notifikasi ‘Device connectivity’. Satu tetingkap mini ‘Switch audio to’ akan dipaparkan pada skrin peranti EMUI 10 anda. Anda kini bebas menukar audio yang sedang dimainkan dari peranti Bluetooh ke speaker telefon pintar, ataupun sebaliknya.

This slideshow requires JavaScript.

Apa yang menariknya, peralihan audio ini boleh dibuat dengan sangat lancar dan ia tidak akan menyebabkan muzik atau audio yang dimainkan tidak akan dijeda (pause).

Baca juga:

[Tips] Cara Mengaktifkan Aplikasi ‘GameCentre’ Pada Peranti HUAWEI Dengan Sokongan EMUI 10

Kemas Kini EMUI 10 Untuk HUAWEI Nova 5T Dilaporkan Sudah Tersedia Untuk Pengguna Global

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend