Tips : Pastikan Samsung Galaxy S9/S9+ Anda Tidak Memiliki Isu Skrin Sentuh Dengan Fungsi ‘Test Mode’ Comments Off on Tips : Pastikan Samsung Galaxy S9/S9+ Anda Tidak Memiliki Isu Skrin Sentuh Dengan Fungsi ‘Test Mode’

Seperti yang telah kami kongsikan sebelum ini, terdapat beberapa pemilik Samsung Galaxy S9 dan S9+ dilaporkan telah berhadapan dengan isu skrin sentuh yang tidak responsif. Jadi bagi memastikan peranti anda tidak terlibat dengan masalah yang sama, kami akan kongsikan tips mudah untuk anda memeriksanya dengan menggunakan fungsi pra-pasang ‘Test Mode’ seperti berikut :

1. Akses ‘Dialer’ pada Samsung Galaxy S9/S9+ anda dan masukkan kod *#0*#.
2. Secara automatik pelbagai menu ujian akan dipaparkan pada skrin peranti anda, pilih menu ‘TOUCH’.
3. Sebaik sahaja menu ujian itu dipilih, skrin peranti anda akan memaparkan susunan kotak berbentuk empat segi dan juga pangkah.’
4. Setiap kali anda meleretkan jari pada kotak, ia akan bertukar ke warna hijau dan ini bermaksud ia adalah normal. bagi memastikan skrin sentuh peranti anda tidak berhadapan dengan sebarang isu, cuba buat garisan atau lakaran. Sekiranya terdapat bahagian yang terputus, itu bermaksud peranti anda berhadapan dengan isu skrin sentuh.

 

Artikel berkaitan : Beberapa Pemilik Samsung Galaxy S9 Dan S9+ Dilaporkan Berhadapan Dengan Isu Skrin Sentuh

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend