[Tips] Panggilan Suara Yang Lebih Berkualiti Pada Peranti Huawei Dengan VoWiFi Dan Virtual HD Call Comments Off on [Tips] Panggilan Suara Yang Lebih Berkualiti Pada Peranti Huawei Dengan VoWiFi Dan Virtual HD Call 368

Apabila berada di kawasan yang mempunyai liputan rangkaian yang agak lemah atau memiliki gangguan yang kuat seperti di dalam bangunan, pastinya anda pernah berhadapan dengan kualiti panggilan yang tidak jelas bukan?!

Bagi anda yang memiliki peranti Huawei yang terpilih, sebenarnya anda boleh mendapatkan kualiti panggilan yang lebih jelas dan stabil dengan bantuan sambungan WiFi. Jadi bagi memastikan panggilan yang lebih baik, anda sebenarnya boleh mengaktifkan fungsi VoWiFi (Voice-over WiFi) atau Virtual HD Call pada peranti Huawei seperti berikut:

Pengaktifan fungsi VoWiFi:

Langkah 1


→ Akses aplikasi Dialer pada peranti Huawei anda dan klik pada ikon Menu pada bahagian atas paparan, diikuti dengan menu Settings.

Langkah 2


→ Cari dan klik pada fungsi Wi-Fi calling.

Langkah 3


→ Apabila anda klik pada butang ON pada Wi-Fi calling, satu tetingkap mesej akan dipaparkan dan klik pada menu ‘ENABLE’ untuk mengaktifkannya.

Langkah 4


→ Kini anda sudah boleh menikmati panggilan yang lebih stabil dan jelas kerana peranti secara automatik akan memilih isyarat mana yang lebih kuat di antara rangkaian telco ataupun rangkaian WiFi.

Pengaktifan fungsi Virtual HD call:

Langkah 1


→ Sama seperti kaedah VoWiFi, anda perlu mengakses aplikasi Dialer dan klik pada simbol menu.

Langkah 2


→ Klik pada menu Settings.

Langkah 3


→ Tatal paparan skrin ke bawah dan klik pada menu More.

Langkah 4


→ Untuk mengaktifkan fungsi Virtual HD call, klik sahaja pada butang ON pada menu yang tersedia untuk menikmati kualiti panggilan suara yang lebih baik.

Baca juga:

Huawei Mate 20 X Kini Mula Ditawarkan Pada Harga RM2,899 – Percuma Hadiah Bernilai RM286

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend