Tips Mudah Untuk Mengambil Gambar ‘Super Moon’ Terakhir Tahun 2019 Ini Dengan Siri Huawei Mate 20 Comments Off on Tips Mudah Untuk Mengambil Gambar ‘Super Moon’ Terakhir Tahun 2019 Ini Dengan Siri Huawei Mate 20 783

Bulan Mac 2019 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi, dan hari ini (21 Mac 2019) bakal menyaksikan kemunculan ‘Super Moon’ yang terakhir untuk tahun ini. Berbeza dengan sebelum ini, hari ini kita boleh menyaksikan bulan penuh yang akan muncul dengan saiz yang jauh lebih besar dan terang berbanding biasa kerana jarak antara bulan dan Bumi yang lebih dekat.

Jadi sekiranya anda memiliki siri Huawei Mate 20, kami akan mengajar cara untuk mengambil gambar ‘Super Moon’ dengan menggunakan mod Pro yang menjanjikan hasil gambar yang lebih baik untuk penggambaran sebegini. Berikut adalah 4 langkah mudah yang boleh anda ikuti:

Langkah 1


→ Akses kamera pada siri Huawei Mate 20, tukar ke mod ‘Pro’ dan kemudian laraskan fungsi zum hibrid sehingga 10x.

Langkah 2


→ Klik pada menu ISO dan tetapkannya ke ISO 50.

Langkah 3


→ Kemudian akses pula menu Shutter Speed dan laraskannya ke 1/200.

Langkah 4


→ Akses pula menu EV (Exposure Value) dan pilih nilai EV -4.0.

Kini anda boleh mendapatkan gambar ‘Super Moon’ yang terbaik pada telefon pintar…

→  Hasil gambar boleh diambil dengan siri Huawei Mate 20 melalui bantuan 10x zum hibrid.

Apa yang pasti, keupayaan penggambaran siri P30 nanti sudah tentunya menjanjikan kualiti hasil gambar yang sudah tentunya jauh lebih berkuasa!

Baca juga:

Huawei Mate 20 X Kini Mula Ditawarkan Pada Harga RM2,899 – Percuma Hadiah Bernilai RM286

Huawei Mate 20 Pro Boleh Dimiliki Pada Harga RM2,999 Bermula 1 Mac 2019

Huawei Mate 20 Dan Huawei Nova 3i Kini Dijual Pada Harga RM2,399 Dan RM999 Bermula 21 Januari 2019

 

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend