[Tips] Muat Turun Kemas Kini EMUI 9.1 Pada Peranti Huawei Dan Honor Menggunakan Aplikasi HiCare Comments Off on [Tips] Muat Turun Kemas Kini EMUI 9.1 Pada Peranti Huawei Dan Honor Menggunakan Aplikasi HiCare 697

Sekiranya peranti anda telah tersenarai sebagai salah satu daripada model yang telah dijadualkan untuk menerima kemas kini EMUI 9.1, proses muat turun dan pemasangan boleh dijalankan dengan bantuan aplikasi pra-pasang HiCare pada peranti Huawei dan Honor. Melalui aplikasi HiCare, anda perlu mendapatkan pengesahan kemas kini OTA (Over-The-Air) sebelum fail kemas kini boleh diterima di menu Software update.

Senarai telefon pintar terawal yang telah disahkan menerima kemas kini EMUI 9.1:

  • Bermula 12 Jun 2019 – Huawei P20 lite, Huawei Nova 3e, Huawei Y9 (2018), Honor 9 Lite
  • Bermula 27 Jun 2019 – Huawei Mate 20, Huawei Mate 20 Pro, Huawei Mate 20 X, Huawei Mate 20 RS Porsche Design

Langkah 1

Akses aplikasi HiCare pada peranti, daftar akaun baharu sekiranya anda masih belum memiliki akaun HiCare. Beri kebenaran kepada aplikasi untuk mengakses lokasi anda dengan menekan butang ‘ALLOW’, dan diikuti dengan butang ‘AGREE’. Sebagai alternatif anda boleh menukar negara dengan mengakses Me → Settings → Select country/region → pilih Malaysia.

Langkah 2

Apabila anda telah berjaya mengakses aplikasi HiCare, anda boleh memberi kebenaran untuk aplikasi ini membenarkan penerimaan kemas kini baharu dengan menekan butang ‘APPLY’ dan diikuti dengan butang ‘UPDATE’.

Langkah 3

Seterusnya akses Settings → System → Software update → lihat sama ada kemas kini EMUI 9.1 telah diterima ataupun belum. Sekiranya fail kemas kini EMUI 9.1 telah diterima, klik sahaja butang ‘DOWNLOAD AND INSTALL’ dan diikuti dengan butang AGREE’.

Baca juga:

Huawei Malaysia Sahkan Ketersediaan Kemas Kini EMUI 9.1 Untuk Lapan Model, Termasuk Siri Huawei Mate 20

[Tips] Peranti Huawei Bermasalah Selepas Kemas Kini?! Lakukan Proses ‘Wipe Cache Partition’

[Tips] Cara Mudah Untuk Menambah Fungsi Rakaman Panggilan Pada Peranti Dengan Sokongan EMUI 9

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend