[Tips] Muat Turun Aplikasi ‘Huawei Music’ Versi Baharu Dengan Sokongan Fungsi Penukaran Tema 0 892

Sekiranya anda memiliki telefon pintar Huawei, anda sudah tentunya sedar bahawa aplikasi Huawei Music menyokong antaramuka yang agak ringkas tanpa sebarang tetapan customization. Bagi yang sering menggunakan aplikasi pemain muzik ini, anda mungkin mahukan satu fungsi yang membolehkan antaramuka yang boleh diubah-ubah.

Jadi untuk itu kami akan mengajar cara untuk memuat turun dan memasang aplikasi Huawei Music versi baharu yang kini hadir dengan sokongan fungsi untuk menukar tema seperti berikut:

Perbezaan versi Huawei Music:

Huawei Music versi lama (v12.0.0.339)
Huawei Music versi baharu (v12.11.1.300)

 

Cara memasang Huawei Music v12.11.1.300:

Langkah 1


Pada peranti Huawei anda, muat turun fail APK Huawei Music v12.11.1.300 di https://bit.ly/2Q56hs6 dan selepas fail APK telah berjaya dimuat turun, jalankan proses pemasangan dengan menekan butang ‘INSTALL’.

Langkah 2


Apabila selesai dipasang, buka aplikasi Huawei Music dan untuk pertama kalinya beberapa tetingkap akan dipaparkan. Klik sahaja pada butang ‘NEXT’ dan ‘AGREE’ untuk mengakses aplikasi tersebut.

Langkah 3


Kini anda boleh melihat antaramuka baharu pemain muzik versi 12.11.1.300 yang turut menyokong perkhidmatan muzik dalam talian. Namun begitu sedikit mengecewakan kerana perkhidmatan itu tidak disokong di Malaysia buat masa ini.

Langkah 4


Untuk menukar tema pemain muzik, anda hanya perlu mengakses antaramuka lagu yang sedang dimainkan dan terdapat satu ikon tambahan pada bahagian atas kanan skrin.

Langkah 5


Klik sahaja pada ikon tersebut untuk mengakses antaramuka khas yang akan memaparkan senarai tema pra-pasang yang disokong. Anda hanya perlu klik pada salah satu daripada tema tersebut untuk menggunakannya.

Antara pilihan tema yang disokong…


Buat masa ini ia hanya menyokong enam tema pra-pasang sahaja dan sekiranya anda menggunakan telefon pintar Huawei dengan paparan panel OLED seperti Huawei P20 Pro, Mate 10 Pro, Mate 20 Pro ataupun Mate 20 X, kami sarankan untuk anda memilih tema dengan antaramuka gelap bagi membantu penjimatan bateri.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend