[Tips] Langkah-langkah Untuk Disinfeksi Peranti Anda Ketika COVID-19 Comments Off on [Tips] Langkah-langkah Untuk Disinfeksi Peranti Anda Ketika COVID-19

Dunia kini sedang berhadapan dengan situasi yang tidak menentu dan persekitaran yang kritikal disebabkan pandemik Covid-19 secara global. “Duduk di rumah, basuh tangan, dan kekalkan jarak sosial,” kesemuanya sudah kita dengari daripada pelbagai platform sosial sejak kebelakangan ini yang menyeru rakyat untuk mempraktikkan langkah-langkah yang mudah tersebut demi mengelakkan penyebaran kuman dan jangkitan yang berbahaya.

Membasuh tangan anda dengan cara yang betul dapat membantu anda dan orang yang tersayang bebas daripada penyebaran virus, tetapi bagaimana pula dengan barang-barang harian anda seperti telefon bimbit? Dalam generasi hari ni, sudah menjadi kebiasaan buat kita semua untuk meluangkan lebih banyak masa dengan telefon. Kita akan membawa telefon ke mana sahaja malah kerap menyentuhnya. Besar kemungkinan anda sudah membasuh tangan setelah anda pulang, namun telefon anda masih lagi dicemari dan anda masih belum membersihkannya.

Kajian mendapati bahawa COVID-19 masih boleh bertahan di atas permukaan-permukaan yang tertentu sehingga (dan mungkin akan lebih lama daripada) sembilan hari – dan hal ini termasuklah dengan telefon kesayangan anda. Walaubagaimanapun situasi seperti ini dapat dielakkan dengan menyahkuman peralatan elektronik anda dan perkara ini boleh dilakukan dengan beberapa langkah mudah.

Pengeluar telefon pintar terkenal, vivo Malaysia dalam perkongsian terbaru memberi nasihat bahawa seseorang individu boleh membersihkan telefon dengan menggunakan disinfectant wipes. Sapuan ini dapat mencegah virus daripada melekat di permukaan skrin telefon tanpa merosakkannya. Berikut adalah langkah-langkah yang paling mudah untuk disinfeksi telefon anda pada masa sama membersihkan kesan kotoran di atas permukaan.

1. Gilap Menggunakan Kain Mikrofiber

Bersihkan permukaan luar telefon anda secara lembut menggunakan kain mikrofiber yang bersih untuk menghilangkan kesan dan kotoran. Meskipun secara teknikalnya kain mikrofiber ini adalah ejen penyahkuman, ia dapat menghapuskan kuman dan bakteria daripada permukaan telefon anda secara berkesan.

2. Nyahkuman Telefon Anda Menggunakan Disinfectant Wipes

Sesetengah individu mungkin berfikiran bahawa peranti tidak dapat dibersihkan secara rapi oleh sehelai kain mikrofiber atau berasa gusar sekiranya hanya menggunakan itu sahaja untuk membersihkan telefon. Jadi, anda boleh menggunakan disinfectant wipes untuk menyahkuman peralatan anda.

Namun demikian, kadangkala terdapat disinfectant wipes yang terlalu basah, dengan hal yang demikian, anda sewajarnya mengeringkannya terlebih dahulu, kemudian lap setiap permukaan telefon anda secara berhemah di samping mengelakkan daripada terkena ports.

Produk ini boleh didapati di Shopee dengan harga bermula RM34 sebotol

3. Cuba Gunakan Tisu Kertas*

Meskipun kebanyakan telefon pintar di pasaran hari ini dikatakan dilengkapi kerangka kalis air, itu tidak bermaksud telefon itu kalis air sepenuhnya. Hal ini demikian kalis air pada telefon pintar kebanyakannya membawa maksud ia hanya mampu menahan air daripada dimasuki untuk sebahagian peringkat dan bukan secara keseluruhan.

Oleh itu, setelah anda membersihkan telefon menggunakan disinfectant wipes, anda juga harus membersihkan permukaan yang lembap itu menggunakan tisu kertas.

*perlu diingatkan bahawa tisu kertas diperbuat daripada pulpa kayu, pulpa buluh, atau kertas yang dikitar semula. Ia mengandungi partikel halus yang mungkin kasar untuk sesetengah permukaan terutamanya skrin telefon.

4. Jangan Guna Hand Sanitizer (cecair pembasmi kuman)

Kami sendiri pernah menggunakan hand sanitizer untuk membersihkan permukaan telefon. Tetapi kami tidak sarankan kepada anda untuk menggunakannya kerana daripada pengalaman kami, kebanyakan cecair pembasmi kuman mempunyai kandungan kimia yang agak tinggi yang boleh menghakis lapisan olephobic pada permukaan skrin telefon. Kesan daripadanya, anda akan mendapati skrin telefon anda selepas itu lebih mudah memerangkap kesan kotoran seperti cap jari dan habuk.

Diharapkan dengan tips penjagaan kebersihan peranti ini dapat membantu anda mencegah penularan virus dan dapat memastikan anda untuk menyahkuman peranti dengan kerap terutamanya ketika tempoh yang sangat kritikal ini. Paling penting sekali, teruskan membasuh tangan setelah anda berinteraksi dengan orang lain atau memegang mana-mana permukaan seperti telefon bimbit. Nyahkuman juga ruang-ruang peribadi anda di dalam rumah mahupun di tempat kerja. Praktikkan kebersihan sebagai salah satu cara anda mencegah diri daripada penyakit-penyakit berjangkit yang berbahaya seperti COVID-19.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend