Tips: Ketahui Sekiranya Akaun Facebook Anda Diceroboh Dan Cara Untuk Menanganinya 0 392

Aplikasi media sosial popular iaitu Facebook dilihat masih memiliki pengguna yang agak tinggi di kalangan pengguna di Malaysia, dan acap kali kita terdengar tentang pencerobohan akaun oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Jadi sekiranya anda risaukan akaun Facebook anda diceroboh (hack) tetapi tidak tahu cara untuk memeriksanya, ikuti sahaja tips yang kami kongsikan ini…

Langkah 1


Akses aplikasi Facebook pada telefon pintar anda dan klik pada Menu (simbol tiga garisan) pada bahagian atas kanan skrin. Seterusnya klik pada menu Settings.

Langkah 2


Pada ruangan Security, klik pada menu Security and login.

Langkah 3


Seterusnya anda boleh melihat ruangan ‘Where you’re logged in’ yang akan menyenaraikan kesemua peranti termasuklah telefon pintar atau komputer yang pernah mengakses atau sedang mengakses akaun Facebook milik anda. Untuk melihat senarai penuh, anda perlu klik pada ‘See more’.

Langkah 4


Berdasarkan daripada senarai yang dipaparkan, anda boleh mengetahui akses yang sah melalui model peranti, masa dan juga lokasi akaun anda diakses. Sebagai contoh, kami agak curiga dengan akses daripada dua peranti yang ditandakan kerana peranti pertama dioperasikan oleh Linux dan lokasi serta masanya adalah tidak seperti yang sepatutnya.

Langkah 5


Anda hanya perlu klik pada simbol tiga titik pada peranti yang dirasakan mencurigakan. Anda boleh klik pada menu ‘Log Out’ untuk memastikan peranti tersebut tidak lagi boleh mengakses akaun Facebook anda tanpa kebenaran. Tetapi sekiranya anda risau ia boleh diakses semula, klik pada menu ‘Not you?’ bagi menyekat akses ke akaun Facebook anda.

Langkah 6


Sekiranya senarai yang dipaparkan terlalu banyak dan agak sukar untuk anda menentukan peranti mana yang digunakan oleh penceroboh akaun Facebook anda, tatal sahaja skrin ke bawah dan klik sahaja butang ‘Log out of all sessions’.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend