[Tips] Kenali Jenis Pelindung Skrin Di Pasaran Dan Nikmati Penukaran Pelindung Skrin Percuma Sempena ‘HUAWEI Service Day’ Comments Off on [Tips] Kenali Jenis Pelindung Skrin Di Pasaran Dan Nikmati Penukaran Pelindung Skrin Percuma Sempena ‘HUAWEI Service Day’ 198

Apabila memiliki telefon pintar baharu, rata-rata daripada pengguna kebiasaannya akan terus mencari dan memasang pelindung skrin pada peranti tersebut. Langkah awal ini diambil bagi melindungi peranti mereka daripada tercalar ketika digunakan ataupun disimpan di dalam poket mahupun beg.

Namun seperti yang anda ketahui, terdapat pelbagai jenis pelindung skrin di pasaran dan setiap satu daripadanya memiliki kelebihan dan juga kekurangannya yang tersendiri. Menariknya HUAWEI Malaysia baru-baru ini telah berkongsi maklumat asas tetapi menarik ini melalui aplikasi HUAWEI HiCare. Jadi jom kita lihat, jenis pelindung skrin yang terdapat di pasaran seperti berikut:

#01. Pelindung skrin hydrophobic

Pelindung skrin jenis ini sebenarnya mirip seperti pelindung skrin lembut jenis TPU, tetapi sokongan lapisan hydrophobic merupakan teknologi yang telah dipertingkatkan. Malah anda mungkin tidak menyedari akan kehadiran pelindung skrin ini pada peranti kerana ia mampu dipasang dengan baik sekali.

Pro – Jauh lebih nipis jika dibandingkan dengan pelindung skrin jenis kaca. Ia anti calar dan mampu dipasang dengan lebih kemas pada peranti dengan rekaan skrin melengkung ataupun yang menyokong sensor pengimbas cap jari dalam skrin.

Kontra – Tidak cukup kuat untuk mengatasi skrin daripada retak.

#02. Pelindung skrin diperkuatkan

Memiliki ketebalah sekitar 0.1mm, ia merupakan pelindung skrin paling popular digunakan kerana ia mampu melindungi hampir keseluruhan skrin daripada tercalar atau retak.

Pro – Permukaannya terasa lebih licin dan menjanjikan tahap kejelasan yang lebih baik. Malah ia juga lebih tahan daripada calar dan juga hentakan.

Kontra – Tidak sesuai untuk peranti dengan skrin melengkung ataupun yang menyokong sensor pengimbas cap jari dalam skrin, dan mudah meninggalkan kesan cap jari atau minyak.

#03. Pelindung skrin UV

Pelindung skrin UV telah dihasilkan khusus untuk peranti dengan rekaan skrin melengkung kerana ia akan melibatkan proses lapisan gam nipis pada skrin. Kemudiannya pelindung skrin akan dipasang pada skrin dan proses pemanasan akan dijalankan menggunakan cahaya UV.

Pro – Boleh dipasang pada peranti dengan rekaan skrin melengkung. Permukaan yang licin menjanjikan kejelasan paparan skrin dan dalam masa yang sama mengelakkan skrin daripada tercalar.

Kontra – Proses pemasangan yang agak rumit, harganya yang lebih mahal dan mudah meninggalkan kesan cap jari atau minyak.

#04. Pelindung skrin privasi

Pemasangan pelindung skrin ini menjanjikan privasi yang lebih baik kerana paparan skrin hanya boleh dilihat dengan lebih jelas apabila pengguna memandang terus pada skrin. Manakala paparan skrin akan kelihatan gelap sekiranya ia dipandang dari sudut tepi.

Pro – Direka dengan ciri-ciri privasi, sekaligus mengelakkan individu lain melihat apa yang dipaparkan pada skrin anda terutamanya di tempat awam.

Kontra – Penggunaan teknologi khas yang digunakan akan menyebabkan sebahagian kecil daripada pencahayaan pada skrin akan disekat, dan ini secara tidak langsung akan menyebabkan tahap keterangan dan juga warna skrin kelihatan sedikit pudar. Apabila keterangan skrin dinaikkan, ia mendorong kepada penggunaan bateri yang lebih tinggi.

#05. Pelindung skrin ‘matte’ (kusam)

Kebiasaannya pelindung skrin ini diperbuat daripada TPU lembut dan ia sedikit lebih tebal berbanding pelindung skrin biasa. Permukaan skrin kelihatan kusam dan tiada pantulan cahaya.

Pro – Ia menjanjikan ciri kalis cap jari atau minyak dengan baik sekali. Malah permukaan yang kusam menjanjikan rasa sentuhan yang lebih baik, terutamanya ketika bermain game.

Kontra – Paparan imej pada skrin kelihatan kurang jelas kerana permukaan skrin memiliki bintik-bintik halus.

#06. Pelindung skrin ‘diamond’

Merupakan pelindung skrin versi naik taraf untuk pelindung skrin matte, pelindung skrin jenis ini memiliki efek seperti berlian pada permukaannya. Namun begitu, permukaan skrin masih terasa licin kerana ia tidak dapat dirasa dengan jari.

Pro – Mirip seperti pelindung skrin yang diperkuatkan, pelindung skrin ini mampu menjanjikan tahap perlindungan yang sama.

Kontra – Kejelasan imej pada skrin kurang jelas dan ia mudah meninggalkan kesan cap jari atau minyak.

Jadi antara kesemua pelindung skrin di atas, manakah yang menjadi pilihan untuk dipasang pada peranti anda?! Apa yang istimewanya, pemilik peranti HUAWEI terpilih kini sudah boleh menikmati pemasangan pelindung skrin percuma sempena promosi ‘HUAWEI Service Day’ yang akan diadakan pada hari Jumaat dan Sabtu pertama pada setiap bulan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://consumer.huawei.com/my/support/service-day/

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend