[Tips] Kemas Kini ASUS ZenFone Max Pro M1 Anda Ke Versi Baharu Secara Manual 0 873

Sekiranya anda memiliki ASUS ZenFone Max Pro M1, adakah ia masih lagi dioperasikan dengan versi kemas kini WW-15.2016.1810.337 yang masih lagi menyokong sistem keselamatan Android untuk bulan Oktober? Jika ya, sebenarnya anda sebenarnya sudah boleh mengemaskinikannya ke versi kemas kini yang lebih baru iaitu WW-15.2016.1811.338 yang menyokong sistem keselamatan Android untuk bulan November.

Selain itu, kemas kini versi terbaru ini turut menyokong  beberapa penambahbaikan seperti berikut:

  • Menambahbaik prestasi rakaman video
  • Menambahbaik kesesuaian WiFi hotspot
  • Menambahbaik kesesuaian aplikasi pihak ketiga (Instagram)

Jadi sekiranya anda masih belum menerima kemas kini secara automatik, anda sebenarnya boleh mengemaskinikannya secara manual. Apa yang diperlukan hanyalah ruang storan dalaman sekurang-kurangnya 2GB dan juga sambungan Internet yang stabil dengan kuota yang banyak kerana saiz fail kemas kini mencapai sehingga 1.55GB.

Langkah 1


Sekiranya anda membaca tutorial ini terus menggunakan ASUS ZenFone Max Pro M1, klik sahaja pautan https://bit.ly/2GCrGcR untuk mengakses laman sesawang untuk memuat turun fail kemas kini.

Langkah 2


Apabila anda telah berjaya mengakses pautan tadi, klik pada menu ‘BIOS & FIRMWARE’.

Langkah 3


Seterusnya anda perlu klik pada Show all’ dan cari fail kemas kini WW-15.2016.1811.338 yang bertarikh 2018/12/19. Klik pada butang ‘DOWNLOAD’ untuk memulakan proses muat turun fail kemas kini.

Langkah 4


Proses muat turun fail kemas kini akan dijalankan secara automatik.

Langkah 5


Apabila fail telah berjaya dimuat turun, aktifkan aplikasi Files (file manager) pada ASUS ZenFone Max Pro M1 anda.

Langkah 6


Pergi ke folder Download dan cari fail kemas kini yang telah selesai dimuat turun sebentar tadi. Sentuh pada fail tersebut selama beberapa saat, kemudian klik pada menu yang terdapat pada sebelah atas kanan skrin dan pilih menu ‘Move to…’.

Langkah 7


Klik pada ‘ASUS_X00TD’ dan tanpa perlu membuat sebarang folder, pindahkan sahaja fail tadi dengan menekan butang ‘MOVE’. Apabila proses pemindahan fail telah siap, restart ASUS ZenFone Max Pro M1 anda.

Langkah 8


Sebaik sahaja peranti dihidupkan semula, anda boleh melihat peranti secara automatik memaparkan notifikasi kemas kini sistem. Klik sahaja pada notifikasi itu dan klik ‘OK’ pada tetingkap ‘Select update package’ yang dipaparkan pada skrin.

Langkah 9


Satu lagi tetingkap akan dipaparkan dan anda perlu pastikan kapasiti bateri perlulah lebih daripada 20% sebelum memulakan proses kemas kini. Untuk mula mengemas kini peranti, klik sahaja pada butang ‘OK’ dan ASUS ZenFone Max Pro M1 akan mula menjalankan proses kemas kini.

Langkah 10


Pada peringkat ini peranti akan dikemas kinikan secara automatik, jadi elakkan menekan butang kuasa atau sebagainya. Sebaik sahaja peranti berjaya dikemas kini, anda boleh melihat versi peranti telah menyokong kemas kini WW-15.2016.1811.338 dengan sistem keselamatan Android untuk bulan November

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend