[Tips] Ikuti Langkah Mudah Ini Untuk Papar Statistik Terkini COVID-19 Pada Peranti HUAWEI/HONOR Comments Off on [Tips] Ikuti Langkah Mudah Ini Untuk Papar Statistik Terkini COVID-19 Pada Peranti HUAWEI/HONOR

Pastinya ada di antara anda yang sering mengikuti perkembangan semasa COVID-19 yang berlaku di Malaysia. Jadi bagi anda yang memiliki peranti HUAWEI atau HONOR, kini anda boleh melihat statistik terkini COVID-19 terus melalui ruangan khas HUAWEI Assistant.

Untuk mengaktifkan fungsi ‘COVID-19 Statistic’ yang disediakan oleh Newswav, anda hanya perlu mengikuti beberapa langkah mudah seperti berikut:

Nota: Sebagai rujukan, tips ini telah kami cuba pada model HUAWEI P30 dengan sokongan EMUI 10 berasaskan Android 10.

Langkah 1

Leretkan homescreen ke sebelah kiri untuk mengakses paparan HUAWEI Assistant dan klik pada gambar profil di sebelah atas kanan skrin. (Tetingkap HUAWEI Assistant boleh diaktifkan dengan kaedah ‘pinch-in’ pada paparan skrin homescreen, pilih menu ‘Home screen settings’ dan aktifkan ‘HUAWEI Assistant’.)

Langkah 2

Klik pada menu ‘SmartCare’ dan diikuti dengan menu ‘Newswav: COVID-19 Statistic’. Pastikan anda menandakan pada ruangan yang dipaparkan pada skrin.

Langkah 3

Kini anda boleh melihat statistik COVID-19 di Malaysia dengan lebih mudah. Untuk mendapatkan statistik yang terkini, anda hanya perlu menarik paparan skrin ke bawah untuk proses ‘refresh’. Apabila menu ‘MORE STATISTIC’ diklik, anda boleh melihat statistik terkini COVID-19 untuk global.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend