Tips: Gunakan Aplikasi Glance Plus Untuk Memaparkan Notifikasi Mesej Pada Paparan ‘Always On Display’ – Huawei P20 Pro 0 277

Kelebihan paparan skrin dengan sokongan panel OLED pada Huawei P20 Pro adalah sokongan fungsi tambahan iaitu ‘Always Display Information’ atau lebih dikenali sebagai ‘Always On Display’ pada peranti lain seperti Samsung atau LG. Walau tampil dengan nama yang berbeza, fungsi ini membolehkan pengguna untuk melihat pelbagai informasi tanpa perlu mengaktifkan paparan skrin.

Namun begitu, sokongan ‘Always On Display’ pada Huawei P20 Pro sedikit mengecewakan kerana ia agak terhad kerana ia hanya boleh memaparkan masa, tarikh, notifikasi panggilan terlepas dan juga tajuk lagu yang sedang dimainkan sahaja. Ini bermakna tiada sebarang notifikasi teks mesej seperti SMS ataupun notifikasi mesej daripada aplikasi pihak ketiga yang akan dipaparkan. Untuk pengetahuan anda, sebenarnya notifikasi tersebut boleh diaktifkan dengan menggunakan aplikasi Glance Plus yang boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store…

Muat turun aplikasi Glance Plus: Google Play Store

Langkah 1

Klik sahaja pada butang Get Started.

Langkah 2

Apabila butang Grant Permission diklik, anda perlu mengaktifkan berikan kebenaran untuk aplikasi ini.

Langkah 3

Kini anda akan dapat melihat penyediaan pelbagai menu tetapan untuk paparan Always On Display, termasuklah kandungan yang akan dipaparkan, notifikasi, pilihan warna serta jenis fon, penggunaan imej latar dan banyak lagi. Untuk pengetahuan anda, ada di antara fungsi tambahan yang disediakan menyokong pembelian dalam aplikasi (in-app purchase).

Langkah 4

Apabila selesai tetapan dibuat, peranti anda kini boleh menyokong pelbagai notifikasi termasuklah mesej dalam gaya yang lebih menarik.

Tonton video ini untuk melihat bagaimana Glance Plus berfungsi:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend