[Tips] Dah Tak Sabar Nak Guna Mod Gelap Pada realme 5 Pro?! Kami Ada Caranya… Comments Off on [Tips] Dah Tak Sabar Nak Guna Mod Gelap Pada realme 5 Pro?! Kami Ada Caranya… 283

realme sebelum ini telahpun mengumumkan ketersediaan kemas kini ColorOS versi baharu iaitu ‘RMX1971EX_11_A.11’ yang membawakan pelbagai fungsi baharu seperti sokongan antaramuka dengan mod gelap, rakaman video menggunakan lensa sudut lebar dan banyak lagi.

Memandangkan kemas kini masih lagi belum diterima secara rasmi di Malaysia, anda sebenarnya sudah boleh memuat turun fail kemas kini versi baharu itu secara manual. Apa yang penting, fail kemas kini itu boleh dimuat turun terus melalui laman rasmi realme dan proses pemasangannya adalah sangat mudah seperti berikut:

PERHATIAN:

  • Pastikan telefon pintar anda memiliki bateri yang mencukupi iaitu lebih daripada 30%.
  • Anda digalakkan untuk menjalankan proses back up dengan mengakses Settings → Additional Settings → Back up and Reset → Backup & Restore.
  • Pastikan anda memiliki data Internet yang mencukupi dengan rangkaian yang stabil dan laju.
  • Proses pemasangan kemas kini manual ini khas untuk peranti realme 5 Pro yang menyokong versi RMX1971EX’ sahaja.

Langkah 1


→ Buka aplikasi Chrome pada realme 5 Pro anda dan akses laman sesawang rasmi realme di https://www.realme.com/in/support/software-update (klik pautan ini). Cari model realme 5 Pro dan klik pada butang ‘Download’ untuk mula memuat turun fail kemas kini (.ozip)

Langkah 2


→ Pastikan anda memiliki kuota yang mencukupi dan juga rangkaian Internet yang stabil kerana fail ini memuat turun fail sebesar 2.8GB. Klik pada butang ‘Confirm’ untuk meneruskan proses muat turun fail.

Langkah 3


→ Sebaik sahaja fail kemas kini berjaya dimuat turun, anda hanya perlu mengakses aplikasi File Manager dan cari folder yang menyimpan fail tersebut. Secara default fail yang dimuat turun akan disimpan di dalam folder ‘Download’.

Langkah 4


→ Kini satu tetingkap ‘Update System’ akan terpapar pada skrin peranti anda. Klik sahaja butang ‘Upgrade Now’ untuk memulakan proses pemasangan kemas kini baharu pada realme 5 Pro.

Langkah 5


→ Peranti anda akan dimatikan secara automatik dan proses pemasangan akan dijalankan untuk beberapa minit. Pastikan anda tidak menekan apa-apa butang ketika proses ini berjalan.

Langkah 6


→ Apabila peranti dihidupkan semula seperti biasa, kini realme 5 Pro anda sudahpun dioperasikan dengan kemas kini ColorOS versi baharu dan anda boleh menggunakannya seperti biasa.

Soal & Jawab:

Soalan 1: Bolehkah saya gunakan fail kemas kini seperti yang dikongsikan di atas kerana ia merupakan laman sesawang realme India?

Jawapan 1: Ya, tiada masalah kerana realme 5 Pro untuk set Malaysia menyokong nombor versi yang sama.

Soalan 2: Adakah pemasangan kemas kini secara manual seperti yang diajar dalam tutorial di atas akan menyebabkan fail dan data yang tersimpan di dalam peranti akan hilang?

Jawapan 2: Tidak! Berdasarkan percubaan yang kami buat, kesemua fail, data, imej latar, dan semua tetapan peranti masih kekal seperti sebelum proses pemasangan kemas kini.

*Kami tidak akan bertanggungjawab di atas segala masalah atau risiko yang dihadapi pada peranti anda sepanjang proses pemasangan kemas kini ini dijalankan.

Baca juga:

realme 5 Pro Terima Kemas Kini Baharu Dengan Sokongan Mod Gelap Dan Rakaman Video Sudut Lebar

[Ulasan] realme 5 Pro, Telefon Pintar Dengan Sokongan Empat Kamera Pertama Daripada realme

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend