[Tips] Cara Untuk Mengetahui Harga Alat Ganti Untuk Peranti Huawei Menggunakan Aplikasi HiCare Comments Off on [Tips] Cara Untuk Mengetahui Harga Alat Ganti Untuk Peranti Huawei Menggunakan Aplikasi HiCare 838

Telefon pintar yang masih lagi memiliki jaminan waranti yang sah sememangnya tidak akan membuat anda pening kepala untuk memikirkan kos yang akan dikenakan untuk membaikinya. Ini kerana kebiasaannya ia akan dibaiki tanpa dikenakan sebarang caj sekiranya kerosakan itu masih termaktub di bawah terma dan syarat yang ditetapkan.

Namun apabila jaminan waranti telefon pintar anda telah tamat, sebarang kerosakan yang terjadi pada peranti milik anda akan dikenakan caj bergantung kepada komponen apa yang telah rosak. Jadi bagi pemilik peranti Huawei, anda sebenarnya boleh mengetahui kos bagi setiap alat ganti mengikut model yang dimiliki terus melalui peranti Huawei anda.

Bagaimana cara memeriksa harga alat ganti menggunakan aplikasi HiCare:

Langkah 1.1

Cari aplikasi HiCare dalam telefon pintar Huawei anda.

Langkah 1.2

Sekiranya anda tidak menjumpai aplikasi HiCare, leretkan skrin ke bawah pada paparan homescreen dan antaramuka HiSearch akan dipaparkan. Sebaik sahaja anda menaip ‘HiCare’ di ruangan carian, secara automatik aplikasi tersebut akan dipaparkan dan klik pada aplikasi tersebut.

Langkah 2

Pada bahagian QUICK SERVICES, klik pada menu Spare part prices.

Langkah 3

Anda hanya perlu mengisi dua ruangan pada antaramuka ini, iaitu ‘Product’ iaitu sama ada telefon pintar atau tablet, dan juga ‘Product Model’ iaitu model telefon pintar yang anda gunakan.

Langkah 4

Setelah selesai memilih model peranti yang anda gunakan, tekan sahaja butang ‘Submit.

Langkah 6

Kini anda boleh mendapatkan harga alat ganti empat komponen utama untuk peranti Huawei iaitu Screen, MainBoard, Camera dan juga Cover. Untuk pengetahuan anda, harga yang dipaparkan tidak termasuk kos diagnostik RM25 dan juga kos pembaikan RM60.

*Perhatian: Aplikasi HiCare ini boleh digunakan pada peranti daripada jenama Huawei dan Honor sahaja.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend