[Tips] Cara Untuk Mengaktifkan ‘Camera2 API’ dan Memasang GCam Pada ASUS ZenFone Max Pro M1 Tanpa Perlu Root! Comments Off on [Tips] Cara Untuk Mengaktifkan ‘Camera2 API’ dan Memasang GCam Pada ASUS ZenFone Max Pro M1 Tanpa Perlu Root! 1798

Tidak dinafikan lagi bahawa keupayaan perisian kamera yang dimiliki oleh peranti Google Pixel boleh dianggap antara yang terbaik, terutamanya untuk mod HDR dan juga mod malamnya yang lebih dikenali sebagai ‘Night Sight’. Disebabkan oleh itulah, banyak pembangun di luar sana yang telah melakukan modifikasi pada aplikasi kamera Google Pixel untuk dipasang pada peranti Android yang lain.

Seperti yang kami pernah kongsikan hasil gambar menggunakan kamera asal dan juga kamera Google Camera (GCam) pada ASUS ZenFone Max Pro M1 melalui laman Facebook TeknoRatz sebelum ini, ia jelas menyaksikan keupayaan sebenar kamera GCam. Tetapi sebelum anda boleh memasang aplikasi GCam pada peranti tersebut, anda terlebih dahulu perlu mengaktifkan ‘Camera2 API’.

Apa yang diperlukan?!

  • ASUS ZenFone Max Pro
  • Kabel microUSB dengan fungsi pemindahan data
  • Komputer
  • Perisian minimal_adb_fastboot_v1.4.3_setup.exe

Langkah 1

s

Muat turun perisian minimal_adb_fastboot_v1.4.3_setup.exe pada komputer anda dan pasang perisian seperti biasa.

Langkah 2

Apabila perisian telah berjaya dipasang pada komputer, akses folder C:Program Files (x86)Minimal ADB and Fastboot (langkau langkah 2 sekiranya ikon pintas perisian ini telah dipaparkan pada desktop komputer anda). Cari fail cmd-here di dalam folder itu dan double-click untuk mengoperasikan tetingkap command prompt.

Langkah 3

Matikan ASUS ZenFone Max Pro M1 anda dan pastikan ia telah dimatikan sepenuhnya. Kemudian tekan butang volume up dan butang kuasa secara serentak untuk mengakses Fastboot Mode. Lepaskan kedua-dua butang itu selepas antaramuka ‘CSC FASTBOOT MODE’ dipaparkan.

Langkah 4

Sambungkan ASUS ZenFone Max Pro M1 anda ke komputer menggunakan kabel microUSB. Pada tetingkap command prompt, taip fastboot devices dan tekan butang enter. Sekiranya peranti anda berjaya dikesan, kombinasi nombor unik akan dipaparkan (rujuk gambar).

Langkah 5

Kemudian taip fastboot oem enable_camera_hal3 true dan tekan butang enter. Pengaktifan yang berjaya dilaksanakan akan memaparkan teks OKAY. Ini bermakna fungsi Camera2 API telah berjaya diaktifkan pada peranti anda.

Langkah 6

Seterusnya taip fastboot reboot untuk menghidupkan semula peranti anda seperti biasa. Apabila peranti telah berjaya dihidupkan, cabut kabel mikroUSB pada ASUS ZenFone Max Pro M1 anda.

Langkah 7

Bagi memastikan fungsi Camera2 API telah diaktifkan, anda boleh memeriksanya dengan menggunakan bantuan aplikasi Manual Camera Compability yang boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store. Apabila aplikasi telah berjaya dimuat turun, klik sahaja butang ‘START’ dan kesemua menu akan ditandakan dengan simbol hijau sekiranya fungsi Camera2 API telah berjaya diaktifkan.

Kini anda sudah boleh memasang aplikasi GCam pada ASUS ZenFone Max Pro M1:

Baca juga:

[Tips] Cara Memasang Kemas Kini Android 9.0 Pie Pada ASUS ZenFone Max Pro M1 Secara Manual

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend