Tips: Cara Untuk Mendapatkan HUAWEI Points Bernilai RM80 Secara Percuma Melalui AppGallery Comments Off on Tips: Cara Untuk Mendapatkan HUAWEI Points Bernilai RM80 Secara Percuma Melalui AppGallery

Bagi pemilik peranti keluaran HUAWEI, anda kini boleh merebut peluang untuk mendapatkan HUAWEI Points bernilai sehingga RM80 secara percuma, sempena promosi ‘2nd AppGallery Festival’ yang berlangsung dari 1 Januari hingga 31 Januari 2020. Terbuka untuk semua pemilik peranti HUAWEI, kini anda boleh mengumpul HUAWEI Points dalam cara yang sangat mudah melalui iaitu dengan memuat turun beberapa aplikasi percuma di HUAWEI AppGallery.

Apa kegunaan HUAWEI Points?!

Dengan menggunakan HUAWEI Points, anda boleh membuat pembelian dalam aplikasi yang ditawarkan oleh HUAWEI, ini termasuklah langganan naik taraf storan di HUAWEI Cloud, pembelian aplikasi atau permainan di AppGallery, HUAWEI Video, HUAWEI Music, dan juga HUAWEI Themes. Namun sekiranya pilihan HUAWEI Points tidak dipaparkan dalam skrin ‘HUAWEI In-App Purchases’, ini bermaksud aplikasi tidak menyokong kaedah bayaran menggunakan HUAWEI Points.

Cara mendapatkan HUAWEI Points secara percuma:

Langkah 1

→ Klik pada pautan https://consumer.huawei.com/my/campaign/appgallery-festival/ untuk mengakses laman promosi ‘2nd AppGallery Festival’.

Langkah 2

→ Leretkan skrin ke bawah pada ruangan ‘PROMOTION 1’ dan klik pada butang yang dipaparkan iaitu sama ada ‘Mate 30 Series User’ (hanya untuk pemilik siri Mate 30) atau ‘Other HUAWEI Device User’ (semua model HUAWEI yang lain).

Langkah 3

Satu tetingkap akan terpapar pada skrin telefon pintar sebaik sahaja anda menekan salah satu daripada butang di atas. Klik pada menu ‘OPEN’ dan anda akan di bawa ke dalam aplikasi AppGallery secara automatik.

Langkah 4

→ Seterusnya anda hanya perlu menekan butang ‘DOWNLOAD’ pada kesemua 16 senarai aplikasi dan permainan mudah alih yang dipaparkan secara satu persatu. Anda diingatkan agar menggunakan sambungan Internet yang laju dan memiliki kuota data Internet yang cukup kerana ada di antara aplikasi yang memiliki saiz mencecah hampir 2GB.

Langkah 5

→ PERHATIAN: Anda dikehendaki menekan butang ‘GET YOUR HUAWEI POINTS’ setiap kali aplikasi berjaya dimuat turun. Penebusan HUAWEI Points hanya boleh ditebus sekali sahaja bagi setiap aplikasi yang telah dimuat turun.

Langkah 6

→ Untuk menebus HUAWEI Points, anda boleh mengakses Settings > Account Centre > Payment and Purchases > HUAWEI Points > Redeem.

Baca juga:

HMS Tawar Pelbagai Hadiah Dan Ganjaran Sempena ‘AppGallery Festival’ – 1 Hingga 31 Januari 2020

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend