Tips: Cara Untuk Elakkan Rakan Anda Daripada Mengakses Aplikasi Lain Tanpa Kebenaran?! Comments Off on Tips: Cara Untuk Elakkan Rakan Anda Daripada Mengakses Aplikasi Lain Tanpa Kebenaran?!

Pernahkan anda berhadapan dengan situasi di mana telefon pintar yang dipinjamkan kepada rakan anda untuk tujuan tertentu (contohnya: membuat panggilan) tetapi dalam diam-diam mereka telah mengakses galeri gambar tanpa kebenaran ataupun ‘hack’ aplikasi sosial anda dengan memuat naik status yang tidak sepatutnya.

Bagi mengelakkan perkara seperti itu berlaku, kebanyakan pemilik peranti Android kini boleh memastikan perkara itu tidak lagi terjadi. Ini bermakna apabila rakan anda mahu menggunakan sesuatu aplikasi, hanya aplikasi itu sahaja yang boleh mereka akses.

Ini boleh dilakukan dengan bantuan fungsi ‘Screen Pinning’ yang siap tersedia pada kebanyakan peranti yang dioperasikan dengan platform Android.

Apabila fungsi ini diaktifkan, pengguna hanya boleh menutup aplikasi itu dengan meleretkan skrin dari bawah ke atas sebanyak dua kali (untuk peranti yang menggunakan navigasi skrin penuh) atau menekan butang ‘Recents’ dan ‘Back’ secara serentak (untuk peranti yang menggunakan bar navigasi tipikal Android).

Namun sekiranya ia dilakukan oleh bukan pemilik peranti itu, secara automatik paparan skrin akan dikunci dan hanya boleh diakses menggunakan kaedah pengecaman wajah, cap jari ataupun nombor PIN.

Cara untuk mengaktifkan fungsi ‘Screen Pinning’:

Langkah 1

Akses aplikasi Settings dan diikuti dengan menu Security.

Langkah 2

Bergantung kepada jenama telefon pintar berbeza, anda boleh memilih sub-menu ‘Other security settings’ (Samsung), ‘More settings’ (HUAWEI/HONOR) atau ‘More security settings (Vivo). Manakala untuk peranti OPPO, anda perlu mengakses Settings > Additional Settings > Safety & Privacy.

Langkah 3

Anda hanya perlu mengaktifkan menu ‘Pin windows’ (Samsung) atau ‘Screen pinning’ (jenama lain termasuk HUAWEI/HONOR, Vivo, OPPO). Klik sahaja pada menu tersebut untuk mengaktifkannya.

Langkah 4

Untuk mengaktifkan fungsi ‘Screen Pinning’ pada aplikasi yang dikehendaki, anda hanya perlu mengakses antaramuka ‘Recent apps’ dan klik sahaja pada ikon pin yang tertera.

Nota!

Fungsi ini juga sebenarnya boleh digunakan sekiranya anda mahu meminjamkan telefon pintar anda kepada anak kecil, tetapi dalam masa yang sama mahu memastikan mereka tidak membuka sebarang aplikasi lain tanpa disengajakan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend