[Tips] Cara Pasang Google Play Store Dengan Antaramuka ‘Material Theme’ Pada Peranti Android Comments Off on [Tips] Cara Pasang Google Play Store Dengan Antaramuka ‘Material Theme’ Pada Peranti Android 670

Seperti yang telah kami kongsikan bahawa Google telahpun melepaskan kemas kini Google Play Store dengan antaramuka baharu yang dikenali sebagai ‘Material Theme’. Hadir dalam kemas kini versi 15.1.24, ia menawarkan penampilan antaramuka yang lebih ringkas dan kemas. Jad sekiranya anda ingin mencubanya, ikuti tips pemasangan secara manual seperti berikut:

Muat turun fail APK terus ke dalam peranti Android:


→ Apabila anda klik pada pautan yang dikongsikan di atas, tatal paparan skrin ke bawah dan klik pada butang ‘DOWNLOAD APK’ untuk memulakan proses muat turun fail APK untuk Google Play Store v15.1.24.

Cara pemasangan:

Langkah 1


→ Apabila muat turun fail APK telah selesai, klik sahaja pada fail tersebut di ruangan notifikasi ataupun di dalam File Manager. Seterusnya klik pada butang ‘INSTALL’ dan apabila selesai dipasang, klik pada butang ‘OPEN’.

Langkah 2


→ Sekiranya Google Play Store anda masih kelihatan sama seperti sebelum ini, anda perlu menjalankan proses clear cache terlebih dahulu. Akses Settings › Apps › Google Play Store.

Langkah 3


→ Klik pada menu Storage › CLEAR CACHE › FORCE STOP.

Antaramuka baharu Google Play Store:


→ Antaramuka baharu Google Play Store v15.1.24 dengan sentuhan ‘Material Theme’ ini tampil lebih kemas dan ringkas. Dengan antaramuka putih keseluruhannya, setiap kategori kini tidak lagi diasingkan dengan bingkai berasingan.

Baca juga:

Google Play Store Dengan Tema ‘Material Theme’ Kini Mula Diterima Oleh Peranti Android

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend