[Tips] Cara Mudah Untuk Menambah Fungsi Rakaman Panggilan Pada Peranti Dengan Sokongan EMUI 9 Comments Off on [Tips] Cara Mudah Untuk Menambah Fungsi Rakaman Panggilan Pada Peranti Dengan Sokongan EMUI 9 1003

Apabila membuat atau menerima panggilan, pastinya ada di antara anda yang sangat memerlukan fungsi untuk membuat rakaman panggilan tersebut untuk disimpan sebagai rujukan pada masa akan datang. Namun disebabkan oleh sekatan undang-undang (bergantung kepada negara), fungsi ini tidak ditawarkan pada telefon pintar pengguna.

Jadi sekiranya anda memiliki telefon pintar Huawei ataupun Honor yang dioperasikan dengan antaramuka EMUI 9 ataupun EMUI 9.1 berasaskan Android 9.0 Pie, kini ada cara yang sangat mudah untuk mengaktifkan fungsi tersebut pada telefon pintar anda. Ini kerana anda tidak perlu menjalankan proses Root ataupun menggunakan bantuan perisian ADB pada komputer untuk memasangnya.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah memuat turun fail APK ‘HwCallRecorder’ dan memasangnya secara manual pada telefon pintar anda seperti biasa. Apa yang lebih penting, fail APK ini juga dijamin selamat dan akan beroperasi dengan sempurna pada peranti Huawei atau Honor kerana ia diambil terus melalui EMUI 9 yang rasmi.

Muat turun fail APK ‘HwCallRecorder’ terus pada telefon pintar EMUI 9.0/9.1:

3 langkah pemasangan fail APK yang sangat mudah:

Langkah 1

→ Akses aplikasi Files pada peranti EMUI anda dan cari folder yang menyimpan fail APK HwCallRecorder yang telah dimuat turun. Secara default, fail yang telah dimuat turun akan disimpan dalam folder Download.

Langkah 2

→ Cari fail dengan nama ‘HwCallRecorder.apk’ dan klik sahaja pada fail tersebut.

Langkah 3

→ Sebaik sahaja fail itu diklik, satu antaramuka akan dipaparkan pada skrin dan anda hanya perlu klik sahaja pada butang ‘INSTALL’ untuk memulakan proses pemasangan.

Cara menggunakan fungsi rakaman panggilan:

Kini fungsi rakaman panggilan telahpun diaktifkan secara automatik pada peranti EMUI anda. Jadi untuk menggunakan fungsi ini, anda hanya perlu menjawab ataupun membuat panggilan dan klik pada butang ‘Record’. Apabila proses rakaman panggilan dijalankan, ikon akan bertukar ke warna biru dan akan turut memaparkan durasi rakaman.

Proses rakaman akan dijalankan selagi panggilan yang dibuat atau diterima itu tidak ditamatkan, tetapi anda juga sebenarnya boleh menamatkan proses rakaman panggilan itu secara manual dengan menyentuh kembali ikon tersebut.

Akses pantas ke senarai panggilan yang telah direkodkan

→ Akses Dialer dan klik pada menu (simbol tiga titik bertindih), dan pilih menu ‘Call recordings’ untuk melihat senarai penuh rakaman panggilan yang telah disimpan sebelum ini.

Pengaktifan fungsi rakaman panggilan secara automatik:

→ Secara default fungsi rakaman panggilan perlu diaktifkan secara manual, tetapi sebenarnya anda boleh mengaktifkan fungsi ini secara automatik setiap kali menerima atau membuat panggilan. Apa yang perlu dilakukan adalah klik pada menu Settings, diikuti dengan menu Auto-record calls’ dan aktifkan butang yang ada.

Baca juga:

Beli Huawei Nova 4 atau Nova 4e dan Dapatkan Huawei Band 3 Bernilai RM239 Secara Percuma

Menangi Satu Daripada 999 Unit Huawei M3 Lite Bernilai RM989 Melalui Peraduan ‘Ramadan Kareem’

Servis Upah Pasang Dan Pelindung Skrin Percuma Sempena ‘Huawei Service Day’ – 3 & 4 Mei 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend