[Tips] Cara Muat Turun Kemas Kini Menggunakan Kaedah OTA Secara Manual Pada Pocophone F1 Comments Off on [Tips] Cara Muat Turun Kemas Kini Menggunakan Kaedah OTA Secara Manual Pada Pocophone F1 332

Pocophone F1 tidak dinafikan antara telefon pintar yang masih berbaloi untuk dimiliki kerana ia menjanjikan sokongan spesifikasi yang baik setanding peranti mercu pada harga yang sangat kompetitif. Selain menjanjikan prestasi yang sangat berkuasa, aspek kemas kini untuk Pocophone F1 juga tidak diabaikan kerana ia sentiasa menerima kemas kini baharu.

Namun memandangkan ketersediaan kemas kini kebiasaannya akan diberikan secara berperingkat-peringkat, ada di antara pemilik Pocophone F1 akan menerima kemas kini baharu itu lebih awal berbanding pemilik yang lain. Jadi sekiranya anda sudah tidak sabar-sabar untuk mencuba sendiri kemas kini baharu versi stabil yang diberikan, anda boleh mencuba tips mudah untuk mengemaskinikan peranti anda secara manual seperti berikut:

Perhatian:

  • Pastikan anda memiliki sambungan Internet yang stabil dan laju.
  • Pastikan peranti anda memiliki kapasiti bateri yang mencukupi.
  • Kemas kini menggunakan kaedah OTA (Over The Air) ini tidak akan memadam fail atau data pada peranti anda.

Langkah 1

Periksa terlebih dahulu sama ada peranti anda telah menerima kemas kini baharu ataupun tidak dengan mengakses menu Settings → About phone → System update. Jika tiada versi kemas kini baharu diterima, anda boleh meneruskan langkah seterusnya.

Langkah 2

Akses Settings → Additional settings → pilih menu Region → tukarkan ke negara ‘India’.

Langkah 3

Kembali semula ke menu Settings → About phone → System update.

Langkah 4

Sebaik sahaja anda mengakses antaramuka System update, secara automatik kemas kini dengan versi baharu akan diterima.

Langkah 5

Sekiranya anda ingin meneruskan proses pemasangan kemas kini tersebut, klik sahaja pada butang ‘Download update’ pada bahagian bawah skrin.

Langkah 6

Apabila proses pemasangan selesai, anda hanya perlu meneruskan proses pemasangan kemas kini dan peranti akan di reboot secara automatik. Kini peranti anda sudahpun dioperasikan dengan kemas kini baharu, dan anda disarankan untuk menukar semula region ke Malaysia.

Nota:

Peranti Pocophone F1 yang kami cuba untuk tips ini telah dioperasikan dengan MIUI V10.3.2. Namun apabila kami mencuba sendiri tips pemasangan kemas kini OTA secara manual ini, peranti hanya menjumpai kemas kini MIUI V10.3.4 dan bukannya kemas kini paling terkini iaitu MIUI V10.3.5. Jadi memandangkan versi kemas kini MIUI V10.3.4 sebelum ini dikatakan memiliki bugs, anda disarankan untuk menunggu kemas kini versi yang lebih terkini.

Baca juga:

Pocophone F1 Mula Terima Kemas Kini MIUI 10.3.5 Dengan Fungsi Penukaran Jam Pada Lockscreen

Pocophone F1 Terima Kemas Kini MIUI 10.3.4 Dengan Sokongan Widevine L1, Rakaman 4K 60fps dan Game Turbo

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend