Tips: Cara Menyembunyikan Takuk Pada Nokia 6.1 Plus Dengan Sokongan Android 9.0 Pie 0 246

Nokia 6.1 Plus yang dioperasikan dengan platform Android One sebelum ini telahpun dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada September yang lalu pada harga RM1,149. Lebih kurang beberapa minggu selepas itu ia sudahpun boleh dikemaskinikan dengan Android 9.0 Pie versi beta yang rasmi.

Nokia 6.1 Plus sokong rekaan takuk yang lebih kecil berbanding Nokia 5.1 Plus.

Memandangkan rekaan skrin Nokia 6.1 Plus hadir dengan rekaan takuk yang mungkin tidak begitu digemari oleh segelintir pengguna, Nokia telah mengambil pendekatan untuk membolehkan takuk itu disembunyikan secara manual pada Android 9.0 Pie. Untuk berbuat demikian, anda hanya perlu mengikut 3 langkah berikut:

  1. Aktifkan menu Developer options pada tetapan peranti dengan mengakses Settings → About phone dan sentuh pada menu Build Number sebanyak tujuh kali.
  2. Kembali semula ke menu utama About phone dan akses menu Developer options.
  3. Di dalam menu Developer options, cari menu ‘Full Bezel’ dan pilih menu untuk menyembunyikan takuk (notch).

Ya, semudah itu sahaja untuk anda menyembunyikan takuk yang ada pada Nokia 6.1 Plus. Selamat mencuba!

Kredit gambar: NokiaPowerUser

Baca juga:

Nokia 6.1 Plus – Buatkan Kami Leka Dengan Skrin Dan Kamera Bothie

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend