[Tips] Cara Menjalankan Proses ‘Wipe Cache Partition’ Pada EMUI 10 Berasaskan Android 10 Comments Off on [Tips] Cara Menjalankan Proses ‘Wipe Cache Partition’ Pada EMUI 10 Berasaskan Android 10 299

Rungutan tentang permasalahan yang dihadapi selepas telefon pintar dikemaskinikan ke versi terkini sememangnya tidak dapat dielakkan setiap kali terdapat kemas kini baharu diperkenalkan. Isu ini kebiasaannya lebih mudah berbangkit apabila sesebuah telefon pintar itu mengalami peralihan utama pada versi Android itu sendiri.

Menariknya untuk pemilik peranti HUAWEI atau HONOR yang dioperasikan dengan EMUI, anda sebenarnya boleh menjalankan proses ‘Wipe Cache Partition’ untuk menyingkirkan storan fail cache yang mungkin tidak sesuai digunakan pada versi Android yang baharu.

Namun berbeza dengan proses ‘Wipe Cache Partition’ pada EMUI 9, EMUI 10 berasaskan Android 10 menyokong proses yang sedikit berbeza dan anda boleh merujuk setiap langkah yang kami tunjukkan seperti di bawah:

Langkah 1

→ Pastikan telefon pintar EMUI 10 anda telah dimatikan sepenuhnya. Kemudian tekan butang Volume Up + butang kuasa secara serentak, dan jangan lepaskan kedua-dua butang tersebut sehinggalah paparan EMUI dipaparkan seperti di bawah.

Langkah 2

→ Terdapat empat menu utama akan dipaparkan, dan anda perlu memilih menu ‘Clear data’. Memandangkan paparan skrin adalah sangat sensitif pada sentuhan, kami menyarankan anda untuk menggunakan butang volume up/down untuk membuat pilihan dan tekan butang kuasa untuk ‘OK’.

Langkah 3

→ Sebaik sahaja menu ‘Clear data’ dipilih, kini anda perlu memilih pula menu ‘Wipe cache partition’.

Langkah 4

→ Secara automatik proses pembersihan cache akan dijalankan dan ia hanya mengambil masa beberapa saat sahaja. Apabila selesai 100%, anda boleh kembali semula ke menu utama dan memilih menu ‘Restart’. Kini anda boleh menggunakan telefon pintar EMUI 10 anda seperti biasa.

Perhatian: Kaedah ‘Wipe Cache Partition’ tidak akan menyebabkan data, gambar, video ataupun tetapan peranti anda dipadam daripada peranti. Ia berbeza dengan kaedah factory reset yang akan mengembalikan peranti anda seperti tetapan kilang.

~ Nantikan lebih banyak tips dan tutorial daripada kami dari masa ke semasa…

Baca juga tips untuk EMUI 10:

[Tips] Penukaran Mudah Dan Pantas Audio Pada Earphone Bluetooth Ke Speaker Peranti EMUI 10

[Tips] Cara Mengaktifkan Aplikasi ‘GameCentre’ Pada Peranti HUAWEI Dengan Sokongan EMUI 10

[Tips] Peranti Huawei Bermasalah Selepas Kemas Kini?! Lakukan Proses ‘Wipe Cache Partition’

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend