[Tips] Cara Mengaktifkan ‘Moon Mode’ Untuk Mengambil Gambar Bulan Dengan Bantuan ‘Master AI’ Pada Siri Huawei P30 Comments Off on [Tips] Cara Mengaktifkan ‘Moon Mode’ Untuk Mengambil Gambar Bulan Dengan Bantuan ‘Master AI’ Pada Siri Huawei P30 852

Keupayaan penggambarannya tiga lensa LEICA dengan sokongan sistem kamera jenis periskop yang dimiliki oleh Huawei P30 Pro boleh dikatakan antara yang terbaik boleh anda perolehi pada sebuah telefon pintar. Kualiti penggambaran menggunakan peranti ini ternyata tidak mengecewakan kerana ia tampil dengan kombinasi fungsi ‘Super Zoom’ sehingga 50x, dan juga sensor kamera RYYB yang mampu menghasilkan hasil gambar yang sangat terang.

Huawei P30 (kiri) dan Huawei P30 Pro (kanan).

Tetapi untuk pengetahuan anda, keupayaan fungsi zum sehingga 50x dengan sokongan teknologi ‘Master AI’ pada Huawei P30 Pro turut memudahkan anda untuk mengambil gambar bulan dengan lebih mudah. Ini kerana dengan menggunakan mod automatik, anda mampu mendapatkan hasil gambar bulan yang sukar ditandingi oleh peranti lain.

Cara mengaktifkan fungsi penggambaran ‘Moon Mode’ menggunakan bantuan ‘Master AI’:

Langkah 1

Aktifkan aplikasi kamera dan pastikan anda telah mengaktifkan fungsi ‘Master AI’.

Langkah 2

Gunakan kaedah pinch to zoom’ dengan menggunakan dua jari anda pada paparan skrin, atau klik pada butang zum dan leretkan bar zum ke kiri sehingga mencapai 50x zum (Huawei P30 sokong hingga 30x zum). Anda digalakkan untuk menggunakan tripod atau memastikan tangan yang stabil kerana agak sukar untuk mengekalkan kedudukan bulan apabila kamera dizum pada jarak yang sangat jauh.

Langkah 3

Sebaik sahaja ‘Master AI’ berjaya mengesan bulan di dalam viewfinder kamera, pengaktifan penggambaran ‘Moon’ akan terpapar pada skrin. Anda hanya perlu klik pada butang shutter dan kekalkan kedudukan tangan bagi membolehkan proses ‘Sharpening’ dijalankan.

Hasil gambar…

Melalui sokongan ‘Moon Mode’ yang diaktifkan dengan bantuan ‘Master AI’, anda boleh mendapatkan hasil gambar bulan yang lebih dekat dan jelas dengan sangat mudah. Kini dengan menggunakan bantuan Huawei P30 Pro atau Huawei P30, anda tidak lagi perlu menggunakan mod manual untuk mendapatkan hasil gambar bulan.

Tonton video berikut bagi memudahkan anda memahami proses yang perlu dilakukan…

Miliki peranti Huawei secara eksklusif di Huawei Online Official Store:

Baca juga:

Huawei Mate 20 Pro Dan Mate 20 X Dipercayai Akan Menyokong Penggambaran ‘Moon Mode’ Melalui Kemas Kini EMUI 9.1

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend