[Tips] Cara Mengaktifkan Aplikasi ‘GameCentre’ Pada Peranti HUAWEI Dengan Sokongan EMUI 10 Comments Off on [Tips] Cara Mengaktifkan Aplikasi ‘GameCentre’ Pada Peranti HUAWEI Dengan Sokongan EMUI 10 273

Bagi pemilik telefon pintar HUAWEI daripada siri P30 dan siri Mate 20 yang telahpun mengemaskini peranti tersebut ke EMUI 10, anda sebenarnya kini boleh menikmati pengalaman permainan yang lebih baik dengan adanya sokongan aplikasi ‘GameCentre’.

Berbeza dengan aplikasi ‘AppAssistant’, aplikasi baharu ini bukan sahaja tampil dengan antaramuka yang lebih menarik, tetapi dalam masa yang sama menawarkan lebih banyak fungsi yang diperkenalkan bagi melancarkan pengalaman bermain. Namun begitu, untuk menggunakan aplikasi baharu ini, anda sebenarnya perlu mengaktifkannya secara manual seperti berikut:

Langkah 1


→ Akses Settings dan klik pada ruangan ‘Search’ pada bahagian atas skrin.

Langkah 2


→ Taip ‘AppAssistant’ pada ruangan tersebut, dan klik pada hasil carian yang dipaparkan.

Langkah 3

Pilih menu ‘GameCentre’.

Langkah 4


→ Kini secara automatik antaramuka aplikasi ‘GameCentre’ akan diaktifkan. Seterusnya anda perlu klik pada simbol tetapan (bentuk gear) yang terletak pada bahagian atas kanan skrin.

Langkah 5


→ Klik sahaja pada butang ‘ADD’ untuk memastikan ikon aplikasi ‘GameCentre’ akan dipaparkan sebagai ikon pintas pada paparan homescreen peranti anda.

Langkah 6


→ Anda boleh menambah judul permainan ke dalam aplikasi ‘GameCentre’ ini dan setiap kali anda ingin memainkannya, pastikan anda mengaktifkan permainan tersebut melalui aplikasi ini.

Baca juga:

HUAWEI Perkenal Aplikasi ‘Game Centre’ Untuk Peranti Dengan Sokongan EMUI 10

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend