[Tips] Cara Memperbaiki Kelajuan Sambungan GPS Pada Peranti Pocophone F1 Comments Off on [Tips] Cara Memperbaiki Kelajuan Sambungan GPS Pada Peranti Pocophone F1 1584

Apa itu GPS dan A-GPS?!

Apabila anda ingin menggunakan aplikasi berkaitan penglokasian seperti Google Maps atau Waze, sambungan GPS yang laju adalah sangat mustahak bagi mendapatkan pengalaman navigasi yang lebih lancar. Jadi untuk tujuan itu, cip GPS akan mendapatkan isyarat daripada sekurang-kurangnya tiga satelit.

Proses ini dapat dipercepatkan dengan adanya bantuan A-GPS yang akan menggunakan rangkaian isyarat selular daripada telefon pintar anda. Dengan A-GPS, ia berjaya mempercepatkan aktiviti penglokasian dengan sangat cepat bagi memastikan sambungan yang sangat lancar.

Pocophone F1 menggunakan alamat pelayan A-GPS di China…


Untuk pengetahuan anda, Pocophone F1 telah menggunakan alamat pelayan A-GPS 221.176.0.55 yang selepas disemak merupakan alamat pelayan pembekal telco di China. Oleh itu apabila digunakan di negara ini, sambungan GPS mungkin sedikit perlahan dan kini anda boleh mengoptimumkan sambungan A-GPS itu dengan mengikut tips berikut:

Langkah 1

Akses Settings pada Pocophone F1 anda dan taip ‘A-GPS’ pada ruangan carian yang terletak di bahagian atas menu.

Langkah 2

Sebaik sahaja teks tadi dimasukkan, terdapat senarai carian yang berkaitan dan anda hanya perlu klik menu ‘A-GPS settings’.

Langkah 3

Apabila berada dalam antaramuka A-GPS settings, anda hanya perlu membuat penukaran pada menu ‘SUPL SETTINGS’ sahaja.

Langkah 4

Pada ruangan ‘Server address’ anda perlu tukarkan ke supl.google.com dan tekan OK.

Langkah 5

Pada ruangan ‘Server port’ pula, anda perlu tukarkan ke 7276 dan tekan OK.

Langkah 6

Seterusnya untuk menyimpan tetapan baharu ini, klik pada menu ‘More’ dan pilih menu ‘Save’. Kini anda boleh menikmati pengalaman navigasi yang lebih baik berbanding sebelum ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend